February 23rd, 2016

Abang Nara terasa super excited pula apabila mengetahui yang Eina Azman telah selamat melahirkan bayi kembarnya pada hari Jumaat yang lalu. Tambah excited apabila mengetahui yang bayi tersebut adalah sepasang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah. Murah rezeki Eina Azman dan suami. Terus dapat sepasang seperti yang diidamkan oleh kebanyakan ibu bapa.

anak kembar eina azman Ramai juga yang terkejut apabila Eina Azman melahirkan kembar kerana tiada desas-desus berita gembira tersebut dikongsikan oleh pelakon tersebut. Menurut Eina, ada ahli keluarganya juga yang turut tidak tahu. Kata Eina:

Sebelum ini, bukan niat saya merahsiakan sedang hamil anak kembar. Saya dan suami sebenarnya mahu membuat kejutan kepada semua pihak. Pada peringkat itu, kami fikir tidak manis untuk menghebahkan perkara terbabit terlalu awal,

anak kembar eina azmanYang penting anak-anak dan Eina Azman sihat sejahtera. Untuk makluman, bayi lelaki seberat 2.8 kilogram dilahirkan pada jam 4.05 petang, Jumaat lalu. Ini diikuti bayi perempuan seberat 1.8 kilogram, seminit kemudian. Tahniah sekali lagi buat Eina dan suami. Selamat berjaga malam menjaga anak. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Berita Harian , , .


Comments are closed.

Loading...