Kapcai Bernombor Plat ‘PM 2’ Raih Perhatian, Dibuka Untuk Jualan Dengan Harga RM750,000

Kehidupan

Kapcai Bernombor Plat ‘PM 2’ Raih Perhatian, Dibuka Untuk Jualan Dengan Harga RM750,000

Pada pandangan pertama, motosikal Aveta DY 115 ini tidaklah begitu menonjol. Ia hanyalah model ‘retro’ dengan enjin 113.3 cc empat lejang serta tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter, dan biasanya dijual sekitar RM3,988 hingga RM4,088 di pasaran.

Namun, situasi berubah apabila sebuah hantaran tular di media sosial memaparkan motosikal sama dijual pada harga mencecah RM750,000, sekali gus mencetuskan persoalan ramai.

Advertisement

Hakikatnya, nilai tinggi tersebut bukan terletak pada motosikal itu sendiri, tetapi pada nombor pendaftaran unik ‘PM 2’ yang dipasang padanya  antara nombor yang sangat rare dan menjadi buruan pengumpul.

kapcai

Individu di sebalik iklan tersebut, Muhammad Saffwan Muhammad Lotpy, 37, dari Batu Caves, menjelaskan bahawa motosikal itu milik sepupunya dan beliau hanya membantu mengiklankan kepada pembeli berpotensi. Dengan pengalaman lebih 15 tahun sebagai runner dalam urusan JPJ dan Puspakom, beliau memahami nilai sebenar nombor pendaftaran eksklusif seperti itu.

“Memang harga pasaran nombor itu sekitar RM700,000 ke atas kerana ia nombor dua, antara nombor paling dicari. Kalau nombor ‘PM 1’, harganya boleh mencecah lebih RM1 juta,” jelas Saffwan ketika dihubungi.

Menurutnya, nombor pendaftaran tersebut asalnya milik kenderaan lain sebelum dipindahkan ke motosikal melalui proses sah yang ditetapkan pihak JPJ.

“Proses pemindahan nombor daripada kenderaan ke motosikal juga tidak rumit dan boleh diselesaikan dalam tempoh sehari melalui prosedur biasa di JPJ dan Puspakom,” tambahnya.

Tambah Saffwan, nilai sebenar nombor plat seperti ini lebih kepada kepuasan dan status dalam kalangan peminat automotif yang sanggup berbelanja besar demi keunikan.

“Hanya pembeli yang serius tahu betapa bernilai memiliki kenderaan dengan nombor plat rare. Bila dapat nombor yang jarang orang ada, memang ada kepuasan tersendiri. Itu yang buat peminat nombor sanggup berbelanja besar.” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

strata
2026-04-16 12:23:55

Memasak Di Rumah Tapi Bau 'Menyengat' Sampai Rumah Jiran? Anda Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...