Kanak-Kanak Jatuh Sungai Kinta Ketika Naik Kereta Mainan Elektrik Di Taman Hiburan

Berita

Kanak-Kanak Jatuh Sungai Kinta Ketika Naik Kereta Mainan Elektrik Di Taman Hiburan

Menurut Harian Metro, seorang kanak-kanak dilaporkan terjatuh ke dalam sungai Kinta (Kinta Riverwalk) ketika bermain permainan bermotor di Amusement Park lokasi terbabit.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengeluarkan arahan penutupan sementara operasi permainan bermotor dan siasatan kini sedang dijalankan.

Advertisement

Manakala kanak-kanak terlibat telah berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas ibu bapanya dan juga bantuan orang ramai.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, pihaknya telah melantik syarikat berkaitan bagi menjalankan aktiviti permainan kanak-kanak di Kinta Riverwalk itu mulai 1 Januari tahun ini berserta garis panduan keselamatan sebelum beroperasi.

Sungai Kinta jatuhSumber : Twitter  

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan kereta mainan yang dinaiki seorang kanak-kanak telah terhumban ke dalam sungai sebelum diselamatkan oleh ibu bapa mangsa dan juga orang ramai yang berada di kawasan sekitar.

“Pihak MBI mengeluarkan arahan penutupan operasi permainan kanak-kanak itu mulai hari ini bagi menjalankan siasatan berkaitan isu kereta mainan bermotor kanak-kanak di Kinta Riverwalk itu.” ujar Rumaizi lagi.

wanita dipukul suami hingga mati
7 bulan lalu

'Update' Kecurangan Suami Di Media Sosial, Wanita Dipukul Hingga Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...