“Kami Tidak Paksa Aqish!” – Bros Gang TV Nafi Eksploitasi Puteri Balqis Demi Dapatkan ‘Views’ Tinggi Di Youtube

Hiburan

“Kami Tidak Paksa Aqish!” – Bros Gang TV Nafi Eksploitasi Puteri Balqis Demi Dapatkan ‘Views’ Tinggi Di Youtube

Pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis mengenai sikap bapa kandungnya ternyata telah mengundang kekecohan dan respon daripada ramai pihak termasuklah netizen, rakan artis dan menteri.

Terbaru, sebuah badan bukan organisasi kerajaan (NGO) iaitu Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia menggesa agar saluran YouTube Bros Gang TV yang menemu bual pelakon itu agar dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Kata presiden badan NGO itu, Datuk Dr Raj karim, pihak Bros Gang TV tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan itu kepada umum kerana bimbang akan memberi kesan jangka panjang seperti kemurungan dan malu kepada Puteri Balqis dan ibunya.

Enggan mendiamkan diri, Bros Gang TV tampil menafikan dakwaan itu dan sama sekali tidak pernah memaksa Puteri Balqis berkongsi mengenai kisah hidupnya.

Kami tidak paksa Aqish, tetapi dia sendiri mahu berkongsi kisah hidupnya. Kami turut terkejut dengan apa yang berlaku.

Apa yang kami buat sekarang ialah atas dasar human rights. Berapa ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa di luar sana? Kenapa nak fokus pada kami?

Malah, kata Bros Gang TV, pihak mereka telah beberapa kali bertanya pada Puteri Balqis dan ibunya mengenai keizinan untuk memuat naik pendedahan itu di saluran YouTube mereka.

Dalam pada itu, YouTuber itu turut menafikan mengenai sesetengah dakwaan yang menyatakan penyiaran kisah hidup Puteri Balqis itu telah menyumbang ‘views’ yang tinggi buat mereka.

Kami tidak mengejar views yang tinggi. Kami dah ada views tersebut. Fokus kepada perikemanusiaan, hal ini sangat kritikal. Berapa ramai mangsa di luar sana yang jadi berani untuk ‘bercakap’ setelah isu diketengahkan?

“Fokus kepada topik, bukan fokus kepada kami!” tegas Bros Gang TV lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu puteri balqis dan balqis
3 bulan lalu

"Dia Ramai Kroni" - Hisap Dadah & Diacu Pedang Samurai Di Leher, Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 8, 2022 at 2:55 pm

    Tapi part rokok kat tangan tu terpaling meluat aku tengok

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...