“Dia Ramai Kroni” – Hisap Dadah & Diacu Pedang Samurai Di Leher, Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami

Hiburan

“Dia Ramai Kroni” – Hisap Dadah & Diacu Pedang Samurai Di Leher, Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami

Susulan pendedahan pelakon cilik Puteri Balqis mengenai sikap bapanya yang didakwa ‘toxic’ dan keterlaluan sebagai seorang manusia, ibu aktres itu kemudiannya membongkar mengenai jenayah-jenayah yang telah membuatkan kehidupan mereka musnah dan tertekan sehingga ke hari ini.

Ibu Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz menerusi hantaran Instagram Story anaknya juga telah meluahkan rasa kesal dengan dakwaan netizen yang mengatakan mereka telah dengan sengaja membuka aib keluarga sendiri.

Advertisement

Sesetengah netizen, dakwa Norashikin hanya tahu mencemuh meskipun apa yang didedahkan itu adalah satu perbuatan jenayah melampau dan wajar diambil tindakan undang-undang serta dihukum.

Katanya lagi, dia dan Puteri Balqis sering dihina oleh sesetengah netizen malah pernah diugut oleh ahli keluarga bekas suaminya itu.

Pernah menyamun motosikal dan meminjam ceti haram

1Sumber : Instagram  
InstagramSumber : Instagram  

Berhutang, acu pedang samurai di leher dan menghisap dadah jenis ‘ice’

InstagramSumber : Instagram  

Terpaksa membayar pinjaman kereta yang digunakan untuk menyamun

InstagramSumber : Instagram  

Dedah Norashikin, Azizi (bekas suami) tidak pernah ditangkap atau tertangkap kerana mempunyai kroni yang terlalu ramai dan susah untuk diberkas.

Manusia terlalu kejam. Netizen setiap hari meroyan, menghina, dipanggil nasihat dan bersuara. Di mana keadilan buat saya dan anak saya yang menderita dan berdiam diri lebih 15 tahun apabila netizen bersuara “kau kena diam”.

InstagramSumber : Instagram  

Adakah kami akan berterusan menjadi kambing hitam Azizi, hanya kerana kami tidak ada kroni dan saya ibu bertatu?

Puteri Balqis menurut Norashikin juga sudah terlalu lama memendam perasaan dek kata-kata netizen yang sering menyalahkan dia dengan alasan statusnya sebagai seorang pelakon dan pendedahan yang dibuat anaknya itu hanyalah sekadar ‘lakonan’ semata-mata.

Manakala Puteri Balqis dalam satu hantaran yang lain berkata bahawa dia tidak menyesal dengan apa yang dilakukannya itu kerana semua yang berlaku adalah proses yang dilalui dalam kehidupannya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Balqish
3 bulan lalu

“Buka Aib & Memalukan ” - Dedah Perangai Jijik Bapa, Segelintir Netizen Kecam Puteri Balqis?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 5, 2022 at 3:37 pm

    yg aku x paham, mak bapak dia dh x sebumbung bertahun2
    so apa motif nk bukak cerita balik?
    aku setuju create awareness adalah important.
    tp boleh buat secara anonymous dan sebagainya
    unless laa derang masih sebumbung dan akis & emaknya nk reach out for help
    kalau mcm tu aku setuju nk bukak semua cerita

    cuma ni tiba2 cerita sisi hitam org yg dh tak wujud dlm hidup mereka
    aku yakin, akis dan emaknya juga ada sisi hitam
    boleh laa siap2 cari wali hakim dari skrg, dh bongkar semua buruk org, xkan nk mintak org tu jadi wali plak

    konpiusssssssss

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...