Kami Tidak Berniat Untuk Sorok Anak – Yusry KRU

Hiburan

Kami Tidak Berniat Untuk Sorok Anak – Yusry KRU

Kami tahu ada peminat yang agak tidak puas hati apabila Lisa Surihani dan Yusry KRU bertindak untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka Yahaira Leanne kepada umum meskipun sudah habis tempoh berpantang.

Malah, ada juga pihak yang mendakwa Lisa berlagak diva kerana terkilan foto anaknya dirakam tanpa izin dan disebarkan di Internet baru-baru ini.

Advertisement

Menjawab segala kritikan dan tanggapan orang ramai, Yusry menerusi akaun Instagram miliknya menjelaskan mereka tidak pernah berniat untuk menyorokkan puteri mereka seperti yang digembar-gemburkan.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk ‘sorokkan anak’ seperti didakwa sesetengah. Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana. Anak yang dapat membesar seperti ibubapanya sendiri dulu dan kanak-kanak yang lain hari ini.

Setelah sekian lama, Yusry akhirnya telah memuat naik foto Yahaira Leanne ketika majlis aqiqah yang diadakan pada Ahad lalu adalah kerana ia merupakan hari paling bermakna buat mereka sekeluarga.

Saya pos kan gambar kami sekeluarga kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira.

Dengan terbitnya gambar ini, insha Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji. Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana. Hidup sebagai selebriti tidak pernah di’pilih’ oleh anak kami ini.

Untuk Yahaira, bila dah pandai baca faham pos ni, Mummy & Daddy are doing this because we think it is best for you. We might not know it all but we are trying to bring you up like how your grandparents raised us. Jadilah seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berguna kepada masyarakat dan hamba yang selalu di sisi Allah. Amin

Peminat bukannya apa, mereka cuma ingin melihat si comel yang membawa kebahagiaan kepada artis pujaan mereka. Tidak semua yang memberikan komen negatif, ada sahaja pihak yang selama ini mendoakan agar Yusry dan Lisa dikurniakan cahaya mata dan bila perkara tersebut menjadi kenyataan tentulah mereka gembira bukan?

Sumber Berita : Instagram Yusry KRU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...