November 25th, 2015

Menjadi seorang selebriti bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika anda ialah Lisa Surihani yang baru menimang cahaya mata. Iyerlah, para peminat semua teruja nak melihat kecomelan Yahaira Leanne. Namun selaku seorang ibu, Lisa Surihani mempunyai prinsip yang tersendiri iaitu tidak berkongsi gambar anaknya di alam maya. Ia adalah satu prinsip yang harus dihormati. Namun pada masa yang sama, keterujaan para peminat sukar untuk dikawal sehingga baru-baru ini ada seorang insan yang telah mengambil gambar Lisa, Yusry dan Yahaira Leanne secara curi-curi.

gambar yahaira leanne

gambar curi yang menjadi topik perbualan

Banyak komen-komen yang agak negatif diterima oleh Lisa Surihani kerana tindakannya yang melahirkan rasa kecewa gambar Yahaira Leanne dirakam secara curi-curi. Ada yang kecewa kerana Lisa enggan berkongsi gambar si comelnya itu. Secara jujur, Abang Nara juga teringin nak melihat gambar wajah Yahaira Leanne. Namun kalau empunya badan enggan berkongsi, siapalah kita untuk mempertikaikannya. Apa pun jom ikuti penjelasan panjang lebar Lisa Surihani tentang isu ini.

Tak timbul soal Lisa bengang, marah atau geram apabila insiden itu terjadi. Lisa cuma terkilan sahaja. Lisa rasa Lisa tahu pekerja mana yang mengambil gambar itu dan memuat naiknya di laman Twitter. Dia seorang wanita dan Lisa sedar kehadirannya. Ketika itu Lisa, suami dan anak berada kaunter di lapangan terbang Changi di Singapura.

Lisa nampak dia senyum pada kami, dan lisa balas senyuman kepadanya. Dia berada tak jauh daripada kami jadi lebih molek kalau bertegur sapa dan meminta izin untuk bergambar daripada mengambil gambar curi. Lisa tahu niat dia baik dan teruja untuk berkongsi gambar kami di laman maya.

Benar lapangan terbang itu tempat awam dan kami tidak layak mengawal kebebasan umum. Apa yang Lisa luahkan ini membabitkan soal anak. Sebagai ibu dan bapa, Lisa dan Yusry ada sifat melindungi kerana Yahaira bukan selebriti.

Jika gambar kami berdua yang disebarkan, kami okey kerana sudah masak dan kebal dengan dunia seni ini. Ini terjadi kepada Yahaira yang tak tahu apa-apa.

Tidak timbul soal dia cuba menyorok anaknya daripada tatapan umum. Cuma seperti mana kenyataan Yusry sebelum ini, dia tidak mahu Yahaira terlalu terdedah di alam maya buat masa ini.

Lisa tahu ramai yang nak tengok wajah Yahaira. Kalau di tempat awam, ada yang datang menegur kami dan nak tengok wajahnya… Lisa tunjukkan.

Ada peminat yang minta izin nak ambil gambar Yahaira tetapi Lisa menolaknya dengan baik. Lisa dan Yusry berterus terang mengenai prinsip kami. Peminat pun memahami dan mereka faham malah ada kalanya sempat bersembang sementara.

Cuma Lisa ada mendengar cakap cakap belakang, kalau tak nak tunjuk wajah anak lebih baik “simpan dalam rumah”, sorok muka Yahaira dengan selimut atau tutup mukanya sahaja dengan topeng atau kain.

Tapi itu juga tidak normal. Lisa mahu Yahaira membesar dengan normal. Ada juga yang cakap sekalipun Yahaira bukan selebriti tetapi tempias Lisa dan Yusry tetap ada padanya.

Benar hal itu tak dapat dielakkan. Cuma Lisa mohon pengertian semua, biarlah Yahaira yang tetap dan putuskan nak jadi apa.

Mahupun nak jadi anak seni sekalipun atau memiliki akaun laman sosial apabila sudah besar dan boleh berfikir. Sekurang-kurangnya hormatlah hak Yahaira sebagai individu

yahaira leanne

Inilah cabaran menjadi seorang ibu (lebih-lebih lagi seorang selebriti) di zaman penuh dengan kecanggihan teknologi. Abang Nara percaya Lisa Surihani sedang buat yang terbaik demi anaknya. Marilah kita cuba untuk memahami privasi mereka sekeluarga. Sumber Berita Harian.

maleena

P.S: Jangan lepaskan peluang untuk pre-order rekaan terbaru daripada Maleena ini. Harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah ketika pre-order berbanding jika anda beli bila dah siap nanti. Pre-order bermula hari ini sehingga 7 Disember nanti. Pre-order boleh dilakukan di www.maleena.my. Jangan lupa LIKE Facebook Maleena dan ikuti mereka di Instagram @maleenaofficial untuk update terbaru.


Comments are closed.

Loading...