Seperti diketahui ramai, sebelum ini isteri kepada pelawak Shuk Sahar ada memfailkan permohonan untuk bercerai kerana merasakan sudah tidak sehaluan lagi.
Tetapi, sewaktu Shuk ditemubual oleh pihak Utusan, dia menjelaskan bahawa mereka masih berstatus suami isteri dan bersahabat baik.
Menurut Shuk, ia terbukti apabila kedua-dua bersetuju untuk menunaikan umrah di Mekah bersama-sama Januari lalu.
View this post on Instagram
Hubungan kami baik. Tapi kami belum buat keputusan sama ada kekal sebagai suami isteri atau tidak.
Apabila ditanya perkembangan proses penceraian, pelawak tersebut berkata masih tiada kata putus daripada kedua-dua belah pihak.
Sekadar info, Sera atau Rossa Sera telah memfailkan permohonan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak tersebut didakwa telah berlaku curang dengan wanita lain.