“Kami Tahu Kotor Tapi..” – Terputus Bekalan Air Bersih, Mangsa Sampai Terpaksa Masak Air Banjir Untuk Susu Anak

Berita

“Kami Tahu Kotor Tapi..” – Terputus Bekalan Air Bersih, Mangsa Sampai Terpaksa Masak Air Banjir Untuk Susu Anak

Sejak musim tengkujuh berlaku, terdapat beberapa kawasan yang dinaiki air hinggakan ada penduduk hilang untuk mencari sumber makanan dan terpaksa menjerang air banjir akibat tidak dapat keluar dari kawasan rumah yang sudah dipenuhi dengan air.

Difahamkan, di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, seramai 62 mangsa banjir berlindung di sebuah rumah yang terpaksa menjerang air banjir akibat tiada bekalan air bersih sejak dua hari lalu.

Advertisement

Mangsa memberitahu terpaksa berbuat demikian untuk menjadikan ai sebagai sumber minuman serta membuat susu kepada anak kecil.

mangsa banjir terpaksa minum air banjirSumber : Harian Metro  

Melalui laporan Harian Metro, seorang mangsa bernama Muzipah Che Muda, 54, berkata selepas buntu mencari sumber air, mereka mengambil keputusan untuk gunakan air banjir yang kemudiannya direbus sebelum minum.

Mereka sedar bahawa air banjir berkenaan tidak bersih tetapi tiada cara lain kerana kanak-kanak sudah menangis kehausan, sama juga orang dewasa yang sudah beberapa hari tidak minum air.

Mangsa lain pula iaitu Mohd Yatin Mat Yaacob memberitahu mereka terpaksa tidur dalam keadaan berhimpit dalam sebuah rumah, manakala ada sesetengah lelaki tidur di dalam kereta kerana tidak mempunyai ruang yang cukup.

Semoga bantuan datang dengan segera dan mereka dapat minum dari sumber air yang bersih.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Banjir 2022
1 year ago

"Kesabaran Kami Diuji.." - Anggota BOMBA Reda Hadapi Kedegilan Mangsa Banjir Yang Enggan Berpindah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...