Susulan kritikan juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang mengatakan Siti Nordiana membawa lagu Kisah Hati lebih baik dari penyanyi asal, Datin Alyah yang turut hadir semasa final itu meminta agar peminat tidak membandingkan kedua penyanyi tersebut.
Katanya, dia hadir kerana ingin menunjukkan sokongan kepada rakan artisnya itu namun tidak menyangka akan menerima komen seperti itu dari juri. Bagi Alyah, dia yakin bahawa Siti Nordiana ada cara tersendiri untuk membawa lagu tersebut dan berjaya dengan baik.
Janganlah jatuhkan sahabat saya. Saya yakin dia pun dah berusaha keras dan beri yang terbaik. Saya rakam lagu Kisah Hati ni berulang kali. Tak kisahlah lagu sendiri atau lagu orang lain, hargailah usaha kami.
Mohon jangan bandingkan kerana kami saja yang tahu rasa sakit tu.
View this post on Instagram
Tambah isteri kepada komposer terkemuka, Datuk Ramli MS, dia meminta agar orang raami tidak mempertikai kebolehan masing-masing sebagai penyanyi dalam hal tersebut. Namun begitu, Alyah akui dirinya terkejut apabila menerima pandangan juri ketika itu hingga terkedu dan hanya mampu tersenyum.
Pada masa yang sama, para peminat turut serta tidak setuju apabila penyanyi asal lagu berkenaan dibandingkan memandangkan bagi mereka Alyah membawa lagu tersebut jauh lebih baik dari penyanyi lain.