Pengacara dan pelakon jelita, Yasmin Hani memaklumkan bahawa hubungannya bersama bekas suami, Sha’arin Razali berada dalam keadaan baik demi memastikan kehidupan anak-anak mereka tidak terjejas meskipun sudah bercerai.
Yasmin yang ditemui media berkata, dia dengan Sha’arin kerap berkomunikasi soal anak-anak bahkan lebih daripada saat berhubung dengan kekasih, Alif Hadi.
Memilih untuk jadi lebih ‘bertamadun’
Sekarang, hubungan saya dan Sha’arin masih baik dan rapat. Malah, boleh dikatakan kami lebih banyak berborak bersama berbanding saya dan Alif, terutama utnuk mengatuh pengurusan anak ke sekolah.
Kami memilih untuk lebih bertamadun dengan mengelak caci maki sesama sendiri walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Ini kerana kami tidak mahu anak terkena tempias daripada perceraian yang berlaku.
Dia dalam pada itu turut tidak menyangka bahawa hubungannya dengan bekas suami kekal baik dan turut mendoakan agar lelaki itu panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Bercuti dan menunaikan umrah bersama
Kami juga merancang membawa anak-anak bercuti di Bali, Indonesia pada Mac depan dan turut meraikan hari lahir Sha’arin di sana. Tidak hanya itu, kami turut mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini.
Dek kerana hubungan baiknya itu, Yasmin mengakui ada menerima mesej langsung di media sosial yang dihantar oleh individu yang mahu meminta cerai dan juga sudah berpisah tentang nasihat untuk menjaga hubungan antara suami isteri mahupun bekas pasangan.
Ujarnya, setiap pasangan perlu memikirkan sesuatu keputusan dengan sebaiknya dan jika tiada jodoh, tidak perlu berebut anak sehingga boleh mendatangkan perbalahan.
Sekadar info, Yasmin dan Sha’arin mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 sebelum bercerai pada 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.