“Dia Tidak Pernah Begitu, Mohon SENIMAN Siasat” – Dituduh B*doh Percayakan ‘Scammer’, Shiera Ijoy Gesa Aman Graseka Beri Penjelasan

Hiburan

“Dia Tidak Pernah Begitu, Mohon SENIMAN Siasat” – Dituduh B*doh Percayakan ‘Scammer’, Shiera Ijoy Gesa Aman Graseka Beri Penjelasan

Pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahira yang lebih mesra dikenali sebagai Shiera Ijoy menggesa agar aktor Aman Graseka untuk tampil menjelaskan isu derma yang sering dipohonnya kepada rakan-rakan artis sebelum ini.

Difahamkan, Aman tidak patut hanya mendiamkan diri di sebalik kekalutan memandangkan perkara tersebut (isu mohon sumbangan rakan artis) didakwa sudah berlanjutan sejak tiga tahun yang lalu.

Advertisement

Shiera dilabel ‘bodoh’ kerana percayakan ‘scammer’

Di mana Aman Graseka, sila jelaskan. Kalau tidak pun, sekurangnya sila cakap terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana membantu. Baru-baru ini, Aman cakap sudah-sudahlah Kak Shiera bercakap soal ini, jadi mengaku sajalah dan minta maaf.

aman grasekaSumber : Instagram  

Sekarang orang kata saya bodoh sebab percaya kepada ‘scammer’. Kalau kena ‘scam’ pun, sila jelaskanlah. Mungkin juga dia dikenakan ejen seperti orang jual tisu.

Rakan selebriti turut mengadu hal yang sama

Kata Shiera lagi, rakan-rakan selebriti turut mengadu soal yang sama dan dia telah meminta Aman untuk berhenti berbuat demikian atau lapor pada polis.

Saya kata kalau buat lagi, saya laporkan pada polis. Jadi dia kata tak nak buat sebab polis boleh tengok maklumat terperinci.

SENIMAN tolong siasat

Shiera dalam pada itu memohon persatuan SENIMAN untuk membuat siasatan lanjut berhubung isu itu dan menggesa agar diadakan lawatan ke rumah Aman bagi melihat keadaan terkini aktor tersebut.

Saya mohon SENIMAN siasat, mengenali Aman, dia tidak pernah begitu, tapi agak pelik selepas berkahwin kali kedua. Mungkin Aman berdepan kesukaran hidup selepas berkeluarga.

Sebelum ini, Shiera ada membuat satu hantaran di Instagram memohon bantuan orang ramai bagi membantu pelakon Aman Grasekan meneruskan kehidupan akibat kekurangan ‘job’ berlakon.

Namun begitu, Aman kemudian tampil menafikan perkara itu dan mendakwa kehidupannya bersama keluarga baik-baik sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aman graseka
4 months ago

"Buat Anak-Anak Makan" - Pelakon Lelaki Mohon Bantuan Untuk Belanja Harian, Dah Lama Tak Dapat 'Job'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...