Sebelum ini, nama pensohor media sosial dan juga aktivis Farah Lee ada terpalit dengan isu hutang yang didakwa masih lagi belum terlunas sejak awal tahun 2000 lalu.
Maklum dengan dakwaan tersebut, Farah Lee akhirnya bersuara dan memberi respon mengenai isu tersebut di platform Facebook dan Instagram miliknya, semalam.
Mengaku ada terima tuntutan
Ujar Farah, dia mengakui ada mendapat tuntutan hutang daripada seorang individu yang mendakwa Allahyarham bapanya berhutang sebanyak RM130,000.
Namun, bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar ini memaklumkan bahawa tiada sebarang bukti bertulis telah dikemukan oleh pihak berkenaan.
Kami akui menerima tuntutan hutang daripada pihak berkait pada tahun 2017. Bagaimanapun, memandangkan jumlah yang dituntut adalah sangat tinggi, wajar bagi kami mendapatkan bukti berkenaan tuntutan tersebut.
Namun, sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan bertulis ataupun bukti serta tiada saksi yang diwakilkan melainkan hanya khabar angin semata-mata.
Farah juga memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut.
Mohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam
Dia juga menuntut semua pihak yang terlibat untuk memohon maaf kepada saya secara terus dan terbuka. Kegagalan berbuat demikian, peguamnya tidak teragak untuk memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah.
Terdahulu, seorang individu di platform X mendedahkan bahawa bapa kepada Farah Lee yang telah pun meninggal dunia masih belum melangsaikan hutang sebanyak RM130,000.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.