Kami Memang Ada Keluar Makan Dan Tengok Wayang Bersama – Zizan Razak

Hiburan

Kami Memang  Ada Keluar Makan Dan Tengok Wayang Bersama – Zizan Razak

Zizan Razak sebelum ini sekerasnya enggan memberikan sebarang komen mengenai hubungan beliau dan Vie Shantie, tetapi setelah diasak  tidak henti dengan pelbagai soalan beliau akhirnya telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Advertisement

Sebelum ini, ada sumber yang mengatakan Zizan ada keluar menonton wayang bersama Vie.  Menjawab gosip berkenaan, Zizan akui beliau dan Vie ada melakukan perkara berkenaan tetapi tidak lebih daripada kawan biasa.

Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana kami setakat berkawan. Sama macam orang lain, keluar makan, tengok wayang. Kalau betul saya bercinta dengannya, untuk apa sorok?

Buat masa ini, kami memang tiada hubungan serius. Lagipun, Vie sendiri sudah membuat penafian di Instagramnya. Benarlah seperti dikatakannya dan kalau boleh, saya tidak mahu lagi menyentuh perkara ini.

Zizan juga memberitahu beliau selesa berkawan dengan Vie Shantie dan tidak pernah peduli akan status wanita tersebut sebagai seorang ibu tunggal. Buat Zizan, apa yang penting adalah keserasian antara mereka berdua.

Nampaknya Zizan masih lagi berselindung mengenai hubungannya dengan Vie. Tidak apa lah, asalkan korang bahagia. Cuma janganlah buat peminat bosan nanti. Manalah tahu, tup-tup nanti mengaku  ada hubungan pula…Hurmm

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...