Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Enggan Komen Kerana Tidak Mahu Panjangkan Isu Tersebut – Zizan Razak

Sekitar bulan lepas, agak hangat juga gosip mengatakan Zizan Razak sedang hangat bercinta dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan.

Advertisement

Namun, Vie sudah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Zizan. Walaubagaimanapun, masih ada pihak  yang  tidak berpuas hati dan mahu dengar penjelasan lanjut daripada mulut Zizan sendiri.

Berbicara mengenai perkara tersebut kepada Utusan Online, Zizan bukannya hendak lari daripada masalah tetapi berdiam diri kerana tidak mahu isu berkenaan berpanjangan.

Maaf saya tidak mahu komen apa-apa soal ini. Bukan apa, semakin dikomen lagi banyak yang keluar nanti. Jadi biar sahaja saya ambil pendekatan begini.

Mungkin Zizan sering dihimpit gosip percintaan kerana beliau masih lagi belum mendirikan rumah tangga.

Siapa yang tidak mahu kahwin bukan? Cuma buat masa ini jodoh tidak berpihak kepada Zizan.

Bukan saya tidak pernah melalui alam percintaan tetapi tiada jodoh. Kalau mahu kata serahkan kepada jodoh juga tidak boleh tanpa usaha. Mungkin saya perlu berusaha lebih sebenarnya. Kita lihat sahaja macam mana, kalau sudah sampai waktu saya berumah tangga saya akan kongsikan.

Advertisement

Ada la jodoh Zizan tu nanti, teruskan berdoa dan berusaha tetapi kalau betul di masa hadapan beliau dan Vie Shantie bersama pun apa salahnya? Ermm..

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top