“Kami Macam Tak Cerai..” – Azri Iskandar Mengaku Pinjam Dengan Ellie Suriaty Kalau Tak Ada Duit

Hiburan

“Kami Macam Tak Cerai..” – Azri Iskandar Mengaku Pinjam Dengan Ellie Suriaty Kalau Tak Ada Duit

Pelakon, Azri Iskandar memaklumkan hubungannya bersama bekas isteri, Ellie Suriaty bertambah baik selepas bercerai berbanding ketika bergelar suami isteri.

Bukan itu sahaja, Azri berkata dia juga akan meminjam kepada bekas isteri sekiranya tidak mempunyai wang ringgit.

Advertisement

Malah, pelakon berusia 55 tahun itu menyifatkan hubungan mereka tidak seperti pasangan yang sudah berpisah.

Hubungan kami baik, sungguhpun sudah berpisah. Saya rasa macam lebih baik berbanding ketika berkahwin.

Kalau tak da duit saya pinjam dia dan begitu juga dia. Hubungan kami macam biasa, macam tak cerai… cuma tak duduk serumah.

Bagaimanapun, Azri berkata dia masih belum mempunyai wang yang mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan kekasihnya, Dr Azra.

Memang target nak kahwin seawal mungkin. Kalau kewangan okey, jadilah.

Malah, pelakon filem Penanggal itu menjelaskan dia belum berkesempatan untuk membawa kekasihnya itu berjumpa anak-anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azri iskandar
9 months ago

"Sama Ada Dia Nak Datang, Terpulang Pada Dia" - 'Target' Kahwin Seawal Mungkin, Azri Iskandar Akan Jemput Ellie Suriaty

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...