“Sama Ada Dia Nak Datang, Terpulang Pada Dia” – ‘Target’ Kahwin Seawal Mungkin, Azri Iskandar Akan Jemput Ellie Suriaty

Hiburan

“Sama Ada Dia Nak Datang, Terpulang Pada Dia” – ‘Target’ Kahwin Seawal Mungkin, Azri Iskandar Akan Jemput Ellie Suriaty

Sebelum ini, pelakon Azri Iskandar terpaksa menangguh perkahwinanan bersama cinta hati, Dr Azra kerana dana yang dikumpul belum cukup.

Sewaktu ditemubual oleh pihak Gempak baru-baru ini, Azri memberitahu majlis perkahwinannya masih dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama Dr Azra.

Advertisement

Katanya lagi, jika benar dirinya akan mendirikan rumah tangga, pelakon itu akan kongsikan berita gembira itu kepada semua pihak.

ellie suriaty

Dalam pada itu, Azri turut memberitahu dirinya tidak akan lupa untuk menjemput bekas isteri, Ellie Suriaty menghadiri majlis perkahwinannya nanti.

Tapi sama ada dia nak datang atau tidak, terpulang pada dia.

Tambah pelakon itu lagi, hubungannya bersama bekas isteri masih baik dan menyifatkan mereka lebih bagus berbanding ketika bergelar suami isteri.

Sekadar info, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.

azri azra
2023-06-21 11:45:30

Duit Belum Cukup Untuk Kahwin Dengan Dr Azra, Azri Iskandar Terpaksa Tangguh Nikah Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal