“Kami Kawan Baik..” – 2 Tahun ‘Menyepi’ Kerana Isu Vaksin, Haji Zil Teruja Rita Rudaini Setuju Buat ‘Comeback’

Hiburan

“Kami Kawan Baik..” – 2 Tahun ‘Menyepi’ Kerana Isu Vaksin, Haji Zil Teruja Rita Rudaini Setuju Buat ‘Comeback’

Setelah 2 tahun menyepi daripada lakon layar, kini selebriti Rita Rudaini buat comeback dalam karya baru terbitan Zeel Production.

Ramai pihak yang teruja untuk melihat pelakon berbakat ini muncul semula di kaca tv, termasuklah penerbit Fadzil Teh atau lebih dikenali dengan nama Hj Zil kerana penantian mereka berakhir apabila Rita bersetuju untuk berlakon dalam telemovie arahan Izuan Mokhtar.

Advertisement

Apa yang menjadi kekhuatiran produksi adalah persepsi masyrakat terhadap isu pengakuan Rita tidak mengambil sebarang vaksin yang bakal menjadi buah mulut daripada pelbagai pihak.

Namun, kata beliau, jika kemunculan Rita dalam telemovie mendapat persetujuan daripada pihak stesen televisyen serta semua kru produksi, ia tidak menjadi sebarang masalah untuk beliau.

Katanya lagi, apa yang boleh dibuat oleh beliau serta kru produksi adalah mereka akan berhati-hati apabila melakukan pengambaran supaya dapat mengelakkan dari sebarang jangkitan Covid-19 berlaku antara semua pihak.

Sekadar info, sebelum ini Rita Rudaini telah dikecam beberapa kali kerana memberi kenyataan serta pandangan tersendiri terhadap program vaksinasi yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun lepas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

sabrina menari k-pop
2 years ago

"Hijab Bukan Penghalang Untuk Menari" - Ambil Ringan Isu Agama, Gadis Suka Menari K-Pop Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...