“Hijab Bukan Penghalang Untuk Menari” – Ambil Ringan Isu Agama, Gadis Suka Menari K-Pop Teruk Dikecam

Hiburan

“Hijab Bukan Penghalang Untuk Menari” – Ambil Ringan Isu Agama, Gadis Suka Menari K-Pop Teruk Dikecam

Untuk seseorang mempunyai satu hobi yang benar-benar digemari itu sememangnya wujud. Malah, dalam era sekarang ini, mereka boleh menunjukkan hobi yang digemari di khalayak ramai melalui platform-platform media sosial yang ada seperti TikTok.

Seperti seorang gadis bernama Sabrina yang amat dikenali oleh pengguna TikTok dengan video-videonya membuat cover dance yang lebih cenderung kepada tarian kumpulan K-pop.

Advertisement

Biarpun dirinya berhijab, menurut Sabrina melalui sesi temubual bersama BBC, ia bukan satu penghalang buat dia untuk tidak meneruskan hobinya serta menunjukkan bakat menari kepada umum. Malah, turut menggalakkan hijabis yang lain untuk tidak takut menunjukkan bakat mereka dan tidak menjadikan hijab itu sebagai satu penghalang untuk menari.

Statement yang dibuat olehnya itu tidak diterima baik oleh sesetengah netizen yang merasakan tidak sepatutnya gadis itu berkata sedemikian serta mencampur adukkan agama dengan hobinya itu.

Dalam pada itu, netizen juga berpendapat menari dengan hijab bukanlah satu cara untuk menunjukkan keyakinan seseorang itu kerana dari sisi agama juga melarang untuk wanita ‘bergelek’ lalu dipertontonkan kepada umum.

komen twitter

Tambahan lagi, netizen tidak kisah jika dia mahu meneruskan minatnya untuk menari tetapi perkataan yang dikeluarkan dengan mengaitkan agama itu yang membuatkan netizen kurang senang dengan gadis terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

aisar khaled kantoi menipu
2 years ago

(VIDEO) Buat Cabaran Duit Raya RM1k, Aisar Khaled 'Kantoi' Menipu Dengan ‘Cousin’ Sendiri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...