(VIDEO) Buat Cabaran Duit Raya RM1k, Aisar Khaled ‘Kantoi’ Menipu Dengan ‘Cousin’ Sendiri?

Hiburan

(VIDEO) Buat Cabaran Duit Raya RM1k, Aisar Khaled ‘Kantoi’ Menipu Dengan ‘Cousin’ Sendiri?

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai personaliti media sosial dan YouTuber terkenal, Aisar Khaled yang menganjurkan cabaran mencari duit raya bernilai RM1,000 buat para peminatnya.

Duit raya yang disembunyi di tempat tersembunyi itu akhirnya dijumpai oleh seorang lelaki menandakan cabaran tersebut telah berjaya dilaksanakan.

Advertisement

Namun, cabaran itu mengundang kontroversi dalam kalangan netizen apabila ada warga maya mendakwa Aisar sebenarnya sudah merancang penemuan duit tersebut bersama dengan saudaranya sendiri.

Video ‘kantoi’ yang dimuatnaik @tehais itu mendakwa lelaki yang berjaya menjumpai duit raya RM1,000 itu sebenanrya sepupu Aisar sendiri di mana YouTuber itu dilihat pernah merakam foto bersama pda sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 yang lalu.

@.tehais

Murah rezeki Aisar #fyp #kazen

? Dunia Tipu Tipu – D’Reko

Aisar buat kerja tak clean. Mungkin Aisar nak bagi duit raya dekat cousin dia. Kita husnuzon okey geng!

Dah kantoi saudara sendiri yang ambil. Baik sedekah dekat anak yatim dapat fadilatnya.

Terdahulu, Aisar ada memuat naik video di TikTok rasmi miliknya dan memaklumkan bahawa dia telah ‘menyembunyikan’ duit raya bernilai RM1,000 di satu kawasan tersorok di Terengganu.

Dia kemudiannya meminta orang ramai datang mengambil duit raya tersebut dan meminta pemenang bertuah untuk ‘tag’ dirinya di media sosial.

Aisar Khaled peluk Fify Azmi
2 years ago

"Konon Ajak Orang Peluk Islam.." - Netizen Selar Aksi Aisar Khaled Peluk Fify Azmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...