“Kami Cuba Selamatkan Rumah Tangga Tapi Tak Berhasil..” – Masalah Kewangan Bukan Punca Penceraian Nora Danish

Hiburan

“Kami Cuba Selamatkan Rumah Tangga Tapi Tak Berhasil..” – Masalah Kewangan Bukan Punca Penceraian Nora Danish

Baru-baru ini, aktres Nora Danish dan bekas suaminya, Nedim Nazri telah disahkan bercerai dengan talak satu. Namun, Nora menafikan punca perpisahan tersebut disebabkan masalah kewangan.

Harap tidak timbul sebarang teori

Menurut pelakon ini, dia berharap agar tiada sebarang spekulasi yang dibuat berkaitan dengan penceraiannya itu.

Advertisement

Saya harap anda semua dapat hormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga. Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.

 

Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Anak tahu tentang perpisahan

Dalam pada itu, pelakon filem Aku Terima Nikahnya ini memberitahu anak-anaknya sudah sedia maklum akan perpisahannya dengan Nedim itu. Malah, Nora berkata hubungan bersama anak tirinya juga dikekalkan dengan baik.

Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya. Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik.

 

Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.

Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia enam tahun.

Dirinya juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki berusia 15, sebelum bercerai pada 2008.

Nedim dan nora bercerai
6 months ago

Nora Danish Dan Nedim Nazri Umum Cerai Setelah 7 Tahun Berkahwin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...