Nora Danish Dan Nedim Nazri Umum Cerai Setelah 7 Tahun Berkahwin

Hiburan

Nora Danish Dan Nedim Nazri Umum Cerai Setelah 7 Tahun Berkahwin

Memetik Gempak, pelakon jelita Nora Danish dilaporkan sudah bercerai dengan suami, Nedim Nazri setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, kedua-duanya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Advertisement

Ketika ditemui media, Nora memohon agar semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai dugaan cerai yang menimpa mereka.

Saya harap semua boleh hormati jawapan yang saya boleh kongsikan iaitu saya dan bekas suami saya, telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah 7 tahun.

Harap juga tiada teori-teori tentang perpisahan kami, saya amat pentingkan keharmonian kedua-dua keluarga, keluarga saya dan Nedim, terutama anak-anak kami sebab nak besarkan mereka dalam keadaan positif.

Nora juga memohon doa orang ramai untuk diberikan perkara yang baik buat mereka sekeluarga.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia 6 tahun.

Terdahulu, Nora memaklumkan bahawa perkahwinannya bersama Nedim sedang dilanda pergolakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustaz Don Daniyal mohon maaf hari tasyriq
1 month ago

"Ini Salah Terus Ustaz, Bukan Kesilapan" - Don Daniyal Mohon Maaf Isu Hukum Berpuasa Di Hari Tasyrik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...