“Kami Bukan Ikon Islamik, Hana Bukan Ustazah” – Da’i Syed Yakin Tak Berlebihan Papar Menari Dengan Isteri Kepada Umum

Hiburan

“Kami Bukan Ikon Islamik, Hana Bukan Ustazah” – Da’i Syed Yakin Tak Berlebihan Papar Menari Dengan Isteri Kepada Umum

Sedia maklum, pendakwah bebas, Da’i Syed serta isteri, Hana Ismail sering berkongsi momen-momen ‘mesra’ di laman media sosial dan video menari mereka sering menjadi perhatian netizen.

Bagi menjawab kecaman netizen, Da’i Syed menganggap tujuan berkongsi video menari di media sosial bersama isteri hanya untuk mencipta kenangan dan yakin mereka tidak berlebihan.

Advertisement

Dalam pada itu, pasangan tersebut tidak pernah meletakkan diri mereka sebagai ikon Islamik seperti yang diperbesarkan oleh warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Hana sebenarnya nak jadi cikgu, bukan ustazah dan bukan belajar di Mesir pun. Dia pun masih dalam proses penghijrahan, jadi kami tak meletakkan kami seorang ikon Islamik.

Menurut pendakwah itu lagi, dia berkongsi video bersama isteri di laman media sosial kerana mahu elakkan dari berlakunya fitnah, dimana orang akan fikir mereka mempunyai masalah rumah tangga jika tidak memaparkan kemesraan sebagai pasangan suami isteri.

Susulan itu, Da’i Syed enggan mengambil pusing dengan kecaman warganet dan terima segala teguran untuk perbaiki diri, tetapi jika teguran itu seperti menghina, sudah semestinya mereka terkilan.

dai syed diperli
2 years ago

"Kalau Faham Agama Tak Biarkan Bini Buat Maksiat" - Selalu Tayang Menari Dengan Isteri, Individu Selar Da'i Syed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...