“Kalau Faham Agama Tak Biarkan Bini Buat Maksiat” – Selalu Tayang Menari Dengan Isteri, Individu Selar Da’i Syed

Hiburan

“Kalau Faham Agama Tak Biarkan Bini Buat Maksiat” – Selalu Tayang Menari Dengan Isteri, Individu Selar Da’i Syed

Biarpun sebelum ini pernah dihujani dengan kecaman, pasangan ‘sweet’ Da’i Syed dan isteri, Hana Ismail seakan-akan tidak kisah dan tetap selamba kongsi video menari mereka di media sosial.

Susulan itu ramai netizen meluahkan rasa meluat melihat pasangan tersebut dan seorang pengguna TikTok tampil membuat satu video menyelar tindakan pendakwah bebas itu memaparkan hal tidak sepatutnya kepada umum biarpun mereka pasangan suami isteri.

Advertisement

Menurutnya, memaparkan video romantis di media sosial bukanlah budaya Islam, apatah lagi ia juga merosakkan imejnya sebagai pendakwah dan watak Islamik.

Bahkan, individu itu berkata dayus seorang suami kerana dengan rela membiarkan isteri melakukan maksiat dan tidak menegur tindakan tersebut.

tiktok perli dai syed

Walaupun tidak menyebut nama pasangan tersebut, netizen seakan dapat ‘menangkap’ siapakah individu yang sedang diperli oleh pengguna TikTok itu.

Bukan itu saja, dalam hantaran lain, individu itu menegaskan bahawa bezanya seorang lelaki yang memelajari agama Islam dan faham mengenai agama.

1 year ago

Ramai 'Bersemut' Tengok Video Mesra Da'i Syed & Hana Ismail Tepi Pantai, Ada Yang Tanya - "Stokin Hilang?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...