Anggota kumpulan pelawak Taici, Chiwan mengakui berasa kecewa dengan sistem pemarkahan para juri yang langsung tidak memberi kumpulannya sebarang ‘Ha’ sekaligus tersingkir dari bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) pada Jumaat lalu.
Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri berkata dia percaya setiap kumpulan mahu memberikan persembahan yang terbaik pada setiap minggu akan tetapi ada ketikanya nasib tidak menyebelahi mereka.
Bagaimanapun, bukan bermakna usaha mereka boleh diperkecilkan seperti tiada makna apa-apa.
View this post on Instagram
Kami bukan badut yang berada di atas pentas untuk memperbodohkan diri.
Luahan tersebut diluahkan oleh pelawak tersebut di akaun rasmi Instagramnya baru-baru ini.
Dalam pada masa yang sama, Chiwan turut meminta para juri agar berlaku adil ketika membuat penilaian dan tidak memandang kepada populariti peserta semata-mata.
Walaupun mengakui persembahan kumpulannya pada minggu ke-5 itu bukanlah yang terbaik tetapi Chiwan serta rakan seperjuangannya Ilham dan Tapai percaya mereka masih dapat menghiburkan hati para penonton pada malam itu.
Sekadar info, MLM 2021 menampilkan para-para juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Uqasha Senrose dan Noh Salleh.