Written by AbangNara | November 20th, 2013

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang memang kita tak boleh nak jaga. Kasihan juga Abang Nara kepada bakal pengantin baru Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Bukan apa, ada sesetengah manusia berpendapat yang Che Ta dan Zain menunjuk-nunjuk dan membazir terutamanya apabila mengambil gambar pra perkahwinan di Eropah dan Bali baru-baru ini.

che tan dan zain

Bagi Abang Nara, tak salah untuk Zain dan Che Ta berhabis duit demi majlis mereka. Bukannya mereka menggunakan duit orang lain. Simpan duit banyak-banyak pun bukan boleh bawa ke kubur. Lebih baik digunakan untuk persiapan majlis perkahwinan. Yang penting, diri sendiri puas hati. Kata Che Ta kepada Harian Metro:-

Buat majlis kecil-kecilan pun orang pertikaikan, bila buat besar-besaran pun orang tetap mengata. Kami buat (majlis) untuk kepuasan kami! Terpulanglah apa orang nak anggap.

Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada yang kata membazir, ada pula yang cakap kalau mampu apa salahnya?

Pada saya, biarlah kami buat (majlis) seperti apa yang saya mahukan. Kami tahu apa kami lakukan, jadi tak perlulah nak dengar ‘suara-suara kecil’ itu.

che ta
Yang penting, Che Ta tidak berniat untuk menghebahkan apa yang dilakukan untuk perkahwinannya dengan Zain. Namun oleh kerana dirinya selebriti, pihak media (termasuk Abang Nara) sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk berkongsi segala persiapan yang dilakukan oleh mereka berdua. Tambah Che Ta lagi:-

Kita bukan nak hebahkan apa yang kami buat sebab saya tahu pasti ada yang mungkin tak berpuas hati tapi ia dipaparkan pihak media.

Sekarang pun saya sibuk buat beberapa kertas kerja (perkahwinan). Semalam baru buat ujian darah. Itu saja setakat ini. Yang lain pengurus saya Afeeq uruskan

che ta dan zain

Kali ini, Abang Nara bersetuju dengan kata-kata Che Ta. Duit Che Ta, suka hatilah Che Ta nak buat besar mana pun perkahwinannya. Kalau ada duit nak buat photoshoot kat bulan pun tak apa. Asalkan diri sendiri puas hati dan tak menganggu orang lain. Tak gitu? Apa kata anda?

P.S: Hadkan jangka hayat kereta tidak akan bebankan pengguna

87 responses to Kami Buat Majlis Untuk Kepuasan Kami – Rozita Che Wan

  1. Shasha Saidin says:

    ..eee sian korang sume pokpekpokpek!!..family ak x ckp pape pun korang lak over..sian!!..tlupa lak jemput dtg knduri t ye sume..

  2. tumpangtanya says:

    nak tau brand corset/girdle Che Rozita pakai.Badan saya tak gemuk cuma nak kasi shape panas sikit . suka pakai baju ketat2 . Share lah sikit kat Ta. Bende ni mahal nak beli kena lah beli yg bagus sekali.

  3. Datin Hangit says:

    sabarlah ye che ta. sian che ta asyik kene kutuk je…datin ttp respect dgn sikap che ta, alah menang tegal biase. kene kutuk mcm mne pun rileks je tkde la cpt melatah smpai nk bash peminat balik. hope che ta bahagia

  4. mulutjahatgiler says:

    YAY !! YAY !! ANAK CHE TAQ DAPAT ABANG BARU…
    EHH SALAH.. AYAH BARU.. lols~

  5. Anonymous says:

    Cantiknya handbag chanel dia tu. Macam-macam kaler dia ada. Untung la Zain hahaha~

  6. Anonymous says:

    Cantiknya handbag Chanel dia tu. Macam-macam colour dia ada. Untung la Zain, hahaha ~

  7. janda harimau says:

    anak pon anak lah Che Ta. Dapat juga rasa budak ni. Org lain mampu isap jari aje. Aku pon teringin jugak…..uhuuuuu. TAHNIAH. ENJOY!

  8. Che entah (Ta) klau berpos mesti muka sebela kiri ja yg d tayang. Pose la muka depan tu betul & sebelah kanan brul betul. .

  9. happy says:

    sedih dengar cik Ta kata gitu. untuk kepuasan..
    dunia ni sementara je. berbelanja besar untuk puas sendiri sangat memudharatkan.
    dan tak akan capai kepuasan bila dunia yg dikejar.
    cuba rasakan kepuasan bila kita dapat menolong mereka yang memerlukan dan membuat mereka gembira dengan bantuan kewangan kepada mereka yang nak dapat makan minum pun susah

  10. Anonymous says:

    Kawan-kawan jangan mudah tertipu dengan nama yg dipublishkan bagi pengkomen-pengkomen yg lazer, ada yang menyamar nama orang lain tu…contohnya saya BUKAN peminat Diehardfan Abby Abadi/Fahrin/Neelofa…tapi apa yang ditaip tu BUKAN apa yang sebenar mereka cakap (lihat komen-komen lazer mereka)….Ada yg salah guna nama mereka bagi melaga-lagakan orang lain. Baling batu sembunyi tangan….Berdosa tau…

  11. Anonymous says:

    Doakan yang terbaik untuk mereka…Semoga bahagia sampai ke jannah…
    Untuk Che Ta, jangan tertipu dengan nama kawan2 artis yang cakap bukan2 pasal Che Ta tu, yang menyamar nama artis tu peminat yang pengecut. Nak kutuk2 tapi pakai nama kawan2 artis pulak! Kami kawan2 artis doakan Che Ta yang terbaik dunia dan akhirat.

  12. dina says:

    rasanye cik ta ni pun dah tak byk job kat tv…filem lagi lah takde….zain pun hanya muncul di OME jer. so mayb lah diaorang ni all out buat photoshoot sana sini and heboh kan perkahwinan mereka supaya industri hiburan tanah air masih ingatkan mereka. tarikh wedding pun nak biar wartawan n orang ramai speculate supaya nama mereka di sebut2. seriusly…wartawan dan bloggrs sudah2 lah tu promosi mereka ni. rasaye ni lah satu2 couple kat malaysia ni yang paling overexposed without any credentials in their career.

  13. aaahaaiii!! says:

    11/12/13 tarikh nikah reception 13/11/13 kat Setia Alam Convention Centre…. sama tarikh dengan Jovian Mandagie ngan anak Ismail Sabr nikah..

  14. miss says:

    duit mmg la x bleh masuk kubur..tp klu duit tu guna utk sedekah jariah kan dah bleh jd saham kat kubur nnt…wallahualam..renung2kn dn selamat beramal.. ^_^V

  15. justcomment says:

    bila dah tua dan tak ada duit nanti, harap jangan nak merayu2 di tv sebab tak ada orang nak bantu lah, inilah, sebab banya artis yang bila dah tua, diorang ada masalah, merayu2 mintak tolong..masuk sini lah, masuk situlah..harap jangan jadi macam tu 20 tahun akan datang ya..ada duit membazir…that ok..i

  16. DilemaMelayu says:

    Kalau kahwin bermegah sekejap lah jawabnya. Tunggu je :)

  17. […] Kami Buat Majlis Untuk Kepuasan Kami – Rozita Che Wan (84) […]

  18. zizah says:

    Che ta memang cantik. Pandai che ta jaga badan, semoga che ta berbahagia ye. Jangan peduli komen2 yang tak best tu. Saya rasa komen2 yg negatif tu datang dari perempuan yang gemuk gedempol yang cemburu dengan kecantikan che ta. Sayang che ta

  19. wanita says:

    buat dosa je mengata… esok2 penat nak cari che ta p minx maaf… biar die la nak kwen grand ke x, die xmenyusahkan sape2 pun…law xske yg korang g bace artikel pasal die buat ape?? ckp bodoh t marah, so jgn bce n jgn tgk siaran perkahwinan che ta,xda la hati tu dok nambah dosa… syaitan suke org saling dengki,saling iri hati… adat la rezeki die nak dpt suami muda n dilimpahkan rezeki yg ada… die tua t ada duit ke x xdanya die nk minx kat kite semua… yg korg tlebih fkr masa dpn die npe??? Allah dah tntukan perjalanan setiap hamba die,xpayah korg pnt2 nak fkr kan…haha siannye msh ada manusia berfikiran cetek mcm ni… aku bukan nak menangkan che ta, tp kubur masing2 jgn kerana iri hati kt tmbah lg dosa kite… yg rugi diri kite jgk… che ta pun ada maruah,wlaupun aku xda kene mengena dgn die,tp aku x stuju korg sume menambah dosa yg ksilapan dtg dri diri sendiri… berubah la…lg kt mengata kat die lg murah rezeki die…fkir2 kan lah…. biar mcm che ta xhipokrit..jgn muka baik n perasan diri baik sudah tp dalam hati berulat2, yang mcm ni lg keji dri org yg dikata,huhuhu…. (peace)