Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kami Berada Dalam Ruang Khas” – Nora Danish Balas Isu Dikecam Netizen Kerana ‘Dine-In’

Nora Danish

Selepas dikecam oleh netizen berhubung dengan kewajaran, pelakon Nora Danish membawa anak-anak makan di restoran sehingga suaminya, Nedim Nazir mentarbiahkan netizen tersebut, kini giliran beliau pula untuk bersuara.

Advertisement

Menurut Nora, sebab kenapa dia tidak bersuara sebelum ini kerana tidak mahu pusing dengan isu tersebut dan malas untuk memanjangkan cerita.

Katanya lagi ketika dihubungi oleh pihak Kosmo! Online, dia telah melakukan pelbagai perkara bagi memastikan keselamatan anak-anaknya terjamin seperti menelefon pihak restoran untuk menempah sebuah bilik khas tertutup.

Hanya ada kami sahaja berada dalam ruang khas di situ.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Advertisement

Ujar pelakon itu, dia turut menghubungi terlebih dahulu dengan pihak restoran terbabit bagi memastikan jumlah pelanggan supaya makan malam bersama keluarga berjalan dengan lancar.

Nora Danish

Dalam pada itu, Nora berkata sepatutnya perkara ini tidak perlu dijadikan isu atau kritikan apabila dia dan suami membawa anak-anak keluar makan bersama kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan perkara itu asalkan kanak-kanak dibawah 17 tahun ada bersama penjaga mereka.

Sebelum ini, tindakan Nora dan suami membawa anak-anak mereka keluar makan malam bersama diluar telah menimbulkan rasa tidak senang oleh sesetengah netizen atas tindakannya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    August 25, 2021 at 4:18 am

    xla..orang2 yg hentam tu x ddk gua, tp mostly orang2 yg complaint ni semua yg tertindas. Celebrities & politicians ni hidup x boleh nk bersederhana ke time ada musibah ni? Ingat orang2 yg hentam ni x mampu ke nk bwk anak2 diaorg pg mkn private mcm ni? Tlg la, x payah nk back up sgt artis2 ni, unless, you ni saudara mara die. Jgn la hina sgt org2 lain. If celebrities ni x boleh jd contoh yg baik, baik x payah tayang kat social media. Buat fitnah jek. If dah private event, apa kata, x yah nk tunjuk2 kat org? Org x marah if x tau. One day, if Allah tarik rezeki tu, baru tahu.

  2. okkkk

    August 24, 2021 at 10:45 am

    x pa la..ank dia bukn ank kita

  3. otak kau tak pandai proses lebih sangat ke

    August 24, 2021 at 10:32 am

    orang duduk gua je yg hentam benda ni. ni kiranya macam dorang makan kat ruang makan sendiri je kot sebab tak ada manusia hatta makhluk lain disitu. hanya dorang laki bini dgn anak dia. ada beza kenapa dorang boleh khas utk itu dan kau2 tak boleh. beza kemampuan, ni sama je macam kau sewa hotel makan dalam tu atau kau sewa villa makan dalam tu. kira ruang mereka hanya utk mereka bukan macam kau masuk free mana2 bayar 20hengget dine in dgan masyarakot lain disitu.

  4. anonymous

    August 24, 2021 at 10:18 am

    dia ni vvip mesti dia n family ada premium privilege kat mana2 fine dining,yg korang bodo hentam dia apa jadah level dia n korang bagai enggang n pipit so jgn dengki move onnnn

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top