“Kami Baru Kenal..” – Bukan Penyondol, Farisha Iris Nafi Rampas Tunang Myra Zainal

Hiburan

“Kami Baru Kenal..” – Bukan Penyondol, Farisha Iris Nafi Rampas Tunang Myra Zainal

Penyanyi, Farisha Iris menafikan dia merampas bekas tunang kepada pempengaruh media sosial, Myra Zainal iaitu Hardee.

Farisha atau nama lengkapnya Farisha Asmadi berkata bekas pemain bola sepak itu sudah lama memutuskan ikatan pertunangannya sejak mereka mula berkenalan sekitar awal tahun 2023.

Advertisement

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 24 tahun itu memaklumkan Hardee yang kini bergelar kekasihnya, bukan tunangan sesiapa apabila mereka mula menjalin hubungan cinta pada Mac lalu.

Saya memang sedang bercinta tapi saya nak tegaskan bahawa saya tak merampas hak sesiapa.

Jelasnya lagi, Hardee dan Myra sudah memutuskan pertunangan mereka dan menafikan kenyataan yang mendakwa dia adalah perampas dan penyondol.

Malah, Farisha enggan mengambil tahu kisah lalu teman lelakinya itu walaupun sering menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Sebenarnya bila jumpa orang baru saya tak suka ambil tahu pasal latar belakang dia. Saya tak nak orang tahu masalah lalu saya.

Bagaimanapun, bekas peserta Big Stage itu mengakui dia tidak mampu untuk mentup mulut orang ramai dan lebih memilih untuk membiarkan sahaja apa yang dikatakan mereka.

Sebelum ini, Hardee merupakan bekas tunangan kepada Myra Zainal namun hubungan mereka tidak kesampaian apabila didakwa wujud kehadiran orang ketiga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

10 months ago

Haqiem Rusli Akui Sedang Mencuba Pujuk Isteri Untuk Pakai Tudung Semula - "Takkan Nak Pukul, Itu Dayus"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...