“Kami Bahagia, Tak Ada Perasaan Buruk..” – Gembira Sambut Hari Raya Bersama Ibu Tiri, Mia Sara Hormati Keputusan Afdlin Shauki

Hiburan

“Kami Bahagia, Tak Ada Perasaan Buruk..” – Gembira Sambut Hari Raya Bersama Ibu Tiri, Mia Sara Hormati Keputusan Afdlin Shauki

Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki yang akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella selepas hampir setahun sah bergelar suami isteri.

Kami sekeluarga bahagia

Menjawab kepada persoalan tentang keluarga mereka, anak kepada Afdlin, Mia Sara berkata mereka sekeluarga bahagia dapat menyambut hari raya bersama-sama tahun ini. Tambahan pula, Mia menjelaskan dia menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu dan ayahnya asalkan mereka gembira.

Advertisement

Kemeriahan hari raya tahun ini okay sahaja. Kami bahagia, Tak ada apa-apa perasaan buruk. Memang raya tahun ni sangat bahagia bagi saya. Tak ada apa nak risau. Kami dalam satu rumah yang selesa dan meriah.

 

Saya anak dia. Saya tak nak tengok ibu bapa saya tak gembira. Bila bapa saya bahagia sekarang, saya rasa bagus untuk dia. Saya tak nak halang semua. Sama juga ibu bapa saya, mereka pasti nak tengok saya gembira. Jadi win win situation.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Sara Shauki (@miasarash)

Sebab rahsiakan perkahwinan

Dalam pada itu, terdahulu, pengarah ini menjelaskan punca dirinya dan isteri merahsiakan pernikahan mereka hampir setahun kerana ingin menghormati permintaan arwah ayah Marcella.

Ayah saya meninggal April tahun lalu. Itu pun salah satu sebab juga kenapa kami jaga privasi. Sebabnya, ayah saya sakit dan itu adalah permintaannya sebelum dia meninggal.

Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Dia memang minta untuk percepatkan dan alhamdulillah dapat ditunaikan sebelum dia meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Sara Shauki (@miasarash)

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Afdlin shauki
4 weeks ago

"Ingat Najwa Latif Tadi" - Lama 'Sorok', Afdlin Shauki Akhirnya Perkenal Isteri Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...