“Ingat Najwa Latif Tadi” – Lama ‘Sorok’, Afdlin Shauki Akhirnya Perkenal Isteri Baru

Hiburan

“Ingat Najwa Latif Tadi” – Lama ‘Sorok’, Afdlin Shauki Akhirnya Perkenal Isteri Baru

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya mendedahkan siapakah gerangan isteri barunya kepada umum setelah agak lama menyimpan rahsia.

Ditemui media, Afdlin berkata perkahwinannya dirahsiakan kerana ia adalah permintaan ayahnya yang pada ketika itu sedang sakit sebelum meninggal dunia.

Advertisement

Antara salah satu sebab kami private sikit sebab ayah saya sakit dan itu adalah permintaan dia sebelum meninggal.

Alhamdullilah kami dapat tunaikan. Dia meninggal tahun lepas bulan April, jadi dia memang minta percepatkan perkahwinan dan kami dapat tunaikan, selepas itu dia terus ‘pergi’.

Manakal isteri Afdlin, Datin Marcella mengakui suaminya itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang dicarinya selama ini.

Saya dulu doa saya nak seseorang yang macam bapa saya. Alhamdulillah, ciri-ciri itu memang ada, bukan dari segi umur, tapi keperibadian dia.

Peminat dan juga netizen rata-rata tampil mengucapkan tahniah di atas perkahwinan tersebut malah ada yang menyamakan rupa paras Marcella seperi penyanyi Najwa Latif.

Terdahulu, Afdlin memaklumkan dia sudah bernikah dengan pengurusnya, Marcella yang juga merupakan pengurusnya.

Afdin sebelum ini pernah berkahwin dengan Maria Christina Orow Abdullah pada tahun 1997 sebelum bercerai pada April 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astilla eriqa
4 weeks ago

"Saya Kesal Saya Buang Adik, Tak Buang Aliff" - Bella Astillah Dedah Eriqa Pernah Teman Aliff Ke GV, Dah Lama Tak Balik Sabah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...