Selepas membuatkan ramai tertanya-tanya, pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle mengesahkan mereka bakal rujuk semula.
Farid dan Diana dikhabarkan akan ke Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan urusan tersebut secepat mungkin namun harus mengikuti proses.
Kami akan ke mahkamah secepat mngkin tetapi semua itu perlu dilakukan mengikut proses dan tidaklah tergesa-gesa kerana masih dalam tempoh idah.
Dalam pada itu, mereka akui bukan sengaja membuat spekulasi dan tidak umumkan hal itu namun kerana ia membabitkan proses mahkamah.
Diana dan Farid dilaporkan hadir bersama dan mesra di Karnival Mega Suria yang berlangsung di Padang Timur, Majlis Badaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang tadi.
Aktres itu turut berkata dia dan Farid kini dalam fasa untuk memperbaiki diri serta mencari jalan terbaik untuk rumah tangga mereka pada masa akan datang.
Kami mahu membina kembali yang pernah ada sebelum ini. Tetapi saya tidak mahu terlalu bercakap mengenai perkara ini kerana perlu ada privasi dalam hubungan kami.
Tambah Diana, dia mengharapkan hubungan mererka berkekalan dan gembira apabila Farid akan terus menjadi bapa terbaik buat anak-anaknya.
Apa yang paling penting, dia tidak mahu anaknya melalui kehidupan sepertinya, membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.