Konflik percintaan Zizan Razak dan Emma Maembong nampaknya belum lagi surut meskipun kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing. Nama Kamal Adli juga terpalit dengan kontroversi kerana didakwa  sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta pelawak dan aktres tersebut.
Cinta Kamal dan Emma dikatakan berputik ketika mereka disatukan dalam sebuah drama terbitan RTM 1 iaitu Syurga Tanpa Cinta. Walaupun Kamal pernah menafikan gosip itu, ia kembali menjadi bualan hangat apabila Emma berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran Kamal di Instagram.
Kamal yang sebelum ini mengakui masih terlalu awal untuk mereka bercinta, menegaskan buat masa ini pintu hatinya belum terbuka untuk bercinta selepas hubungan cinta selama lebih 6 tahun bersama Intan Ladyana putus. Buat masa ini beliau sedang fokus pada kerjayanya.
Saya tegaskan di sini bahawa saya bukanlah jenis seorang lelaki yang ‘kebulur’ mencari teman wanita. Soal bercinta bukan keutamaan buat saya sekarang. Selepas putus cinta pada tahun lepas, saya sibukkan diri dengan urusan kerja. Tiada langsung istilah mencari cinta dalam diari hidup saya buat masa ini.
Berbicara soal foto sambutan hari jadinya yang diraikan oleh Emma, Kamal tidak mempunyai sebarang masalah jika Emma ingin berkongsi foto tersebut agar beliau boleh melupakan kisah duka hidupnya.
Saya tidak kisah kalau Emma melakukan perkara itu dan berkongsi mengenainya di laman Instagram. Itu hak dia. Kalau dengan cara itu, boleh melupakan cerita sedih dalam hidup dia, apa salahnya. Asalkan dia bahagia, itu tidak memberi apa-apa kesan kepada saya.
Menyifatkan Emma seorang gadis serta rakan yang baik dan penyabar Kamal tidak menolak andai dijodohkan dengan beliau.
Saya lihat Emma seorang gadis dan rakan yang sangat baik. Malah, apa yang lebih penting, dia sangat penyabar orangnya.Mengenai jodoh pula, saya anggap itu semua sebagai ketentuan Tuhan. Saya manusia biasa dan tiada hak untuk menolak andai dijodohkan dengan dia atau sesiapa sahaja.
Kamal Adli dan Emma Maembong masing-masing mempunyai kisah duka dalam percintaan, bukannya mudah untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta didalam hati kita selama bertahun lamanya, berilah masa buat mereka merawat luka di hati sebelum melangkah ke fasa seterusnya.