April 20th, 2015

Nama Kamal Adli dan Emma Maembong sejak kebelakangan ini selalu dikaitkan bersama,  kedua-duanya kini yang sudah kembali solo ramai yang beranggapan mereka sebenarnya sedang bercinta.

Pelbagai spekulasi yang timbul tetapi buat Kamal, masih terlalu awal untuk beliau menjalinkan hubungan cinta bersama Emma  kerana masih mengenali hati budi masing-masing dan tidak lebih daripada seorang kawan. Berita ini mula meliar apabila foto Emma membuat kejutan hari lahir Kamal ke 29 tahun baru-baru ini tersebar di media sosial.

Kami hanya kawan. Masih di peringkat kawan. Dengan apa yang dilalui dan tanggapan orang, saya tak mahu dituduh cuba “sailang” hubungan mereka dan dengan situasi “hangat” masing masing. Saya tak pernah wujud masa Emma dan Zizan bercinta. Masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius.

Mengenai kejutan hari lahir oleh Emma buat dirinya, Kamal menyifatkan ia tidak lebih daripada ingatan seorang teman dan turut bersimpati kepada aktres jelita itu yang dikritik hebat berhubung isu tersebut.

Cuma saya dapat tahu teruk juga peminatnya hentam dan marah dia (Emma) apabila muat naik gambar kejutan hari lahir saya di laman Instagram. Saya kasihan pula dengan keadaan menimpanya itu. Saya sampai suruh dia tak payah lagi muat naik gambar membabitkan saya

Dalam situasi ini saya pun hairan kenapa dia dibenci dan dimarahi peminat. Ruang harus diberi untuk mana-mana artis pun jika jodoh mereka dengan sesiapapun tak berpanjangan.

Tidak salah jika kita ingin melihat artis pujaan kita bahagia disamping orang tercinta. Bagilah ruang untuk Emma Maembong dan Kamal Adli merawat luka di hati mereka kerana cinta yang lalu.  Time will heal everything kan..

Sumber Berita: Berita Harian

 

 


Comments are closed.

Loading...