Kamal Adli Digugurkan Untuk Kebaikan Semua Pihak – Yusof Haslam

Hiburan

Kamal Adli Digugurkan Untuk Kebaikan Semua Pihak – Yusof Haslam

Akhirnya Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem Abang Long Fadil 2 telah tampil untuk menjelaskan kontroversi antara Zizan Razak dan Kamal Adli. Enggan membuatkan pihak luar tertanya-tanya, Yusof Haslam mengesahkan telah menggugurkan Kamal Adli daripada filem tersebut demi mengelakkan timbulnya konflik. Jadi kenyataan Zizan yang bukan dirinya menentukan perkara tersebut  sebaliknya diputuskan oleh penerbit adalah benar.
yusof haslamMenurut Datuk Yusof Haslam, keputusan menggugurkan Kamal yang juga pelakon utama Abang Long Fadil tahun lalu dibuat atas pertimbangan untuk memudahkan proses penggambaran filem itu nanti. Yusof berkata, keputusan berat itu terpaksa diambil bagi mengelakkan sebarang konflik ketika penggambaran berikutan perasaan kurang selesa yang dikatakan wujud antara pelakon utamanya Zizan Razak dengan Kamal. Kata beliau:-

Apa yang berlaku antara mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini nanti. Saya tidak mahu wujud perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam penggambaran nanti.

Advertisement

yusof haslam

Diharap dengan penjelasan ini, nama Zizan Razak akan dapat dibersihkan. Kesian Zizan tak pasal-pasal dituduh menyekat rezeki Kamal Adli. Secara jujur, tindakan Yusof Haslam menggugurkan Kamal Adli adalah satu tindakan yang wajar. Kang kalau bergaduh di set penggambaran, tak ke naya? Insya Allah ada rezeki lain buat Kamal. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...