Saya Bukan Produser Yang Boleh Tentukan Barisan Pelakon – Zizan Razak

Hiburan

Saya Bukan Produser Yang Boleh Tentukan Barisan Pelakon – Zizan Razak

Susulan dakwaan Kamal Adli yang wataknya di dalam filem Abang Long Fadil 2 digugurkan kerana Zizan Razak, ramai yang telah mengkritik pelawak itu dan menganggap tindakan tersebut sebagai tidak profesional. Tanggapan orang ramai ialah Zizan Razak ingin membalas dendam kerana bekas kekasihnya, Emma Maembong kini bercinta dengan Kamal Adli. Hmmmm. Sekali dengar macam budak-budak kan? Namun betul ke Zizan mempunyai ‘kuasa’ yang begitu hebat sehingga dapat menentukan barisan pelakon filem tersebut?
zizanEnggan lagi dipersalahkan, Zizan Razak telah tampil menjelaskan keadaan. Menurut Zizan, dirinya hanya seorang pelakon yang dibayar upah, bukannya produser yang menentukan barisan pelakon. Kata Zizan:-

Macam mana pula boleh timbul cerita itu? Siapalah saya untuk menentukan dengan siapa boleh bekerja? Saya hanya pelakon yang buat kerja kerana dibayar. Saya bukannya produser yang boleh menentukan siapa barisan pelakon pilihan hati. Ini benda mengarut dan tidak masuk akal.

Saya malas nak layan atau fikir hal ini. Kalau betul benda (pengguguran Kamal) itu berlaku, ia tiada kena mengena dengan saya sebab bukan saya yang menerbitkan Abang Long Fadil 2. Macam saya katakan tadi, saya dibayar penerbit untuk berlakon. Jadi saya hanya buat kerja saya, saya tidak tahu atau campur tangan pun.

Advertisement

zizan

Logik juga penerangan oleh Zizan Razak ini kan? Industri hiburan Malaysia tak adalah sehebat Hollywood di mana pelakon ada kuasa untuk menentukan gandingan mereka. Kalau demand lebih-lebih di Malaysia, mahu kena gam dengan penerbit-penerbit. Mungkin ada salah faham yang berlaku antara Kamal Adli, Zizan Razak dan mereka yang terbabit menerbitkan filem Abang Long Fadil 2 ini. Semoga pihak yang mengeluarkan duit akan muncul membuat penjelasan. Sama-sama kita nantikan. Sumber Harian Metro.

raef

P.S: Serikan lagi majlis anda dengan doorgift yang teramat comel daripada Bamboo Bottle By Raef ini. Confirm tetamu yang datang tersenyum kegirangan. Nak buat makan saja-saja pun boleh. Dijamin 100% sedap. Sekali cuba, pasti nak lagi. Order sekarang dengan Whatsapp ke  0111- 311–7632 atau LIKE Facebook Bamboo Bottle by Raef.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...