Pelakon popular Kamal Adli diberi peluang dan ruang untuk menduduki kerusi pengarahan menerusi drama terbaharu iaitu Sihir dek kerana dia merupakan penggemar naskhah seram.
Bukan sahaja diberikan peranan utama, Kamal turut berkesempatan mengetengahkan bakat sebagai pengarah bersama Michael Ang, Hun Haqeem dan Azmir Affendi menerusi drama terbitan Juita Viden Sdn Bhd itu.
Saya tak mengarahkan keseluruhan drama Sihir, sebaliknya ada pengalaman yang dikongsikan.
Menurut Kamal, dia secara jujurnya belum berhasrat untuk menduduki kerusi pengarah dan masih mahu berlakon.
Bagi yang belum tahu, drama Sihir tersebut mempunyai 20 episod dan mula bersiaran pada 1 November lepas di Astro Ria yang menampilkan Kamal dan Hun Haqeem bergandingan sebagai adik-beradik.
Drama tersebut mengisahkan tentang adik-beradik, Nuh (Kamal) dan Hud (Hun) yang mempunyai kelebihan deria keenam serta mampu menyelesaikan kes berkaitan sihir yang mengganggu orang sekeliling.
Tambah Kamal lagi, dia berharap agar keserasiannya bersama Hun sebagai adik-beradik dalam drama tersebut dapat diterima dengan baik dan dia sangat seronok dapat bekerjasama dengan Hun buat pertama kali.
Selain Kamal dan Hun, drama Sihir tersebut turut dibintangi Zarul Husin, Farah Ahmad, Fiza Thomas, Zarynn Minn dan ramai lagi.
Sekadar info, Kamal Adli juga kini sedang sibuk mengacarakan program baharu iaitu Lagu Cinta Kita musim ketiga yang disiarkan di TV3.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.