Percintaan Kamal Adli dan Emma Maembong baru-baru ini dihimpit dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi. Malah, Emma dikatakan menjalinkan hubungan dengan Raf Yaakob.
Ramai peminat mereka kecewa lebih-lebih lagi ada khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah berakhir.
Terbaru, teka teki mengenai status hubungan mereka akhirnya terjawab apabila Miss J daripada Utusan Online melaporkan Emma bakal “diikat†dengan Kamal.
Difahamkan, satu majlis merisik bakal diadakan pada penghujung tahun ini bagi menandakan Emma milik Kamal seorang. Wah, nampaknya hubungan mereka sudah ke tahap yang lebih serius.
Malah, kedua-dua belah keluarga sudah mencapai persetujuan untuk mengadakan majlis berkenaan. Khabarnya, Emma sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjadi seorang isteri.
Harapnya perancangan mereka ini akan dipermudahkan dan menjadi kenyataan. Kami rasa Emma Maembong dan Kamal Adli cukup sepadan bersama. Semoga jodoh antara mereka kuat sehingga ke jinjang pelamin.