Emma Maembong Kini Sedang Intim Bersama Raf Yaakob?

Hiburan

Emma Maembong Kini Sedang Intim Bersama Raf Yaakob?

Umum mengetahui Emma Maembong dan Kamal Adli sedang cuba untuk memulihkan hubungan percintaan mereka.  Namun, mereka sekejap keluarkan kenyataan sedang bercinta dan sekejap lagi tidak mahu memberikan sebarang komen.

Advertisement

Ramai yang ingin melihat Emma dan Kamal mempunyai jodoh sehingga ke jinjang pelamin.

Terbaru, menerusi ruangan Diva di Kosmo! ada beberapa sumber mengatakan Emma kini sedang intim bersama adik Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal.

Untuk pengetahuan anda, Raf merupakan seorang ahli perniagaan berjaya dan memegang jawatan Presiden bagi MY MAN UNITED Official Fan Club

Menurut sumber berkenaan juga, Raf sudah membawa Emma untuk bertemu dengan keluarganya dan hubungan mereka berdua memang serius. Raf sebenarnya seorang duda beranak dua.

Sejauh mana kebenaran berita ini tidak kami ketahui, tetapi kesian juga pada Kamal Adli kerana beliau nampak bersungguh-sungguh untuk memikat semula hati Emma Maembong. Apa-apa pun, kita lihat sahaja perkembangan hubungan mereka nanti.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...