Pelakon jelita, Aprena Manrose meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila diberi peluang untuk menjejakkan kakinya ke Tanah Suci Mekah buat kali pertama.
Perkara tersebut turut dikongsikan Aprena menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia memaklumkan bahawa dia bersama suami sudah pun berada di Madinah sejak empat hari yang lalu.
Kongsi Aprena lagi, dia bersama suami ke tanah suci dengan tujuan untuk menunaikan umrah dan bersyukur kerana berkesempatan untuk melaksanakan ibadah tersebut meskipun masih berada dalam pandemik COVID-19 dan juga tragedi banjir.
Saya sudah berada di Madinah selama 4 hari dan akan ke Makkah esok. InsyaAllah. Doakan saya, suami dan keluarga saya dapat menunaikan umrah dengan sempurna.
Ini adalah kali pertama saya ke sini setelah lama menanti. Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana diberi kesempatan ini dalam keadaan COVID dan banjir.
Dia dalam pada itu turut mengambil kesempatan untuk memohon doa peminat agar urusannya dipermudahkan serta meminta maaf jika ada terguris hati dengan sebarang tindakan atau perbuatan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Terdahulu, selain Aprena dan suami, pasangan pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose juga kini sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah.