Lebih Selesa Kunci Mulut, Aprena Manrose Risau Iman Turun Naik

Hiburan

Lebih Selesa Kunci Mulut, Aprena Manrose Risau Iman Turun Naik

Pelakon Aprena Manrose memaklumkan yang penghijrahannya bukan secara mendadak namun diatur secara perlahan-lahan dan akhirnya pintu hatinya dijentik untuk berubah sepenuhnya.

Aprena Manrose
4 bulan lalu

Kini Bertudung Sepenuhnya, Aprena Manrose Syukur, Mohon Doa Peminat

Advertisement

Menurut Aprena, pada awalnya dia hanya berniat untuk menyarung hijab pada Ramadan lalu untuk membiasakan diri sebelum benar-benar berhijab dengan sempurna.

Namun siapa sangka, perasaan selesa menguasai diri sehingga rasa tidak mahu menanggalkan hijab.

Bagaimanapun, anak bongsu pasangan selebriti, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dan bekas penyanyi dangdut, Iwan itu enggan terlalu berkongsi mengenai perubahan dirinya.

Aprena dilihat masih mengunci mulut sehingga kini tentang perkara tersebut biarpun dia semakin selesa berkongsi foto berhijab dalam laman Instagramnya.

Ujar Aprena lagi, dia kurang selesa apabila diajak berbicara tentang penghijrahannya dan sebaliknya mahu peminat menyedari perubahan imejnya tanpa perlu mencanangkan kepada khalayak ramai.

Aprena Manrose

Bukan apa, saya bimbang andai berubah hati sedangkan saya sibuk berkongsi mengenai perubahan diri. Untuk kekal istiqamah bukan mudah.

Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata, dia tidak ingin berbicara secara terbuka kerana risau iman turun naik dan dia juga masih belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Pelakon itu percaya Allah akan jentik perasaan insan di sekelilingnya apabila dia ada niat mahu berubah serta semua itu juga berkat sokongan ayah dan suaminya yang tidak putus-putus berdoa supaya dia terbuka hati untuk berhijab.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    November 5, 2021 at 8:02 pm

    Alhamdulillah..ye..x perlu nak canang2 pun. Sbb Kita x tau apa jd lps ni..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...