Seperti kita semua ketahui, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri kini dalam fasa untuk bangkit dan mula bekerja keras membesarkan dua anak mereka.
Ia selepas dia sudah tidak sanggup lagi dicurangi oleh suaminya itu selama bertahun dan kini Shuhada juga dilaporkan telah memfailkan cerai di mahkamah.
Difahamkan, Shuhada telah berbuat sedemikian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin, 27 Februari 2023 selepas dipersetujui oleh kedua-dua keluarga.
Sejak episod duka ini, dia dilihat sudah mula membuat paid review dan turut mempromosikan perniagaan barunya, ‘Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri’ di Instagram.
Terbaru, menerusi story Shuhada ada membuat luahan berkenaan orang ketiga yang menyebabkan rumah tangganya itu musnah.
Dia seperti memberi bayangan bahawa wanita dikenali sebagai Athira Yuhada itu tidak memohon maaf kepada anak-anaknya atas apa yang berlaku.
Penyondol akan sentiasa penyondol. Kali ni, I sendiri akan cakap, bukan dari orang lain since I dah bercerai. Mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini.”
Terdahulu, Athira ada membuat permohonan maaf kerana mempunyai hubungan dengan Hafidz dan berjanji tidak akan meneruskan skandal mereka.