“Katanya Kalau Dia Kahwin Dengan Athira, Saya Akan Dapat…” – Shuhada Bagi ‘Hint’ Mengapa Nekad Untuk Cerai?

Hiburan

“Katanya Kalau Dia Kahwin Dengan Athira, Saya Akan Dapat…” – Shuhada Bagi ‘Hint’ Mengapa Nekad Untuk Cerai?

Ramai netizen menyatakan sokongan mereka terhadap Nurul Shuhada Mat Shukri selepas dia diceraikan oleh suaminya, Hafidz Roshdi selepas kecurangannya dibongkarkan.

Apatah lagi, dia kini sudah memulakan perniagaan atas talian ‘Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri untuk menyara kehidupannya bersama anak-anak.

Advertisement

1 year ago

"Semoga Allah Gantikan Dengan Nikmat Yang Tak Disangka-Sangka Buatku Dan Anak-Anak" - Isteri Hafidz Roshdi

Seperti menyindir perbuatan Hafidz, ramai netizen suka dengan pilihan nama bisnes Shuhada dan terhibur dengan ‘tagline’ Satu Tak Cukup itu.

Menerusi Instagram, Shuhada ada membalas komen seorang individu yang berkata nama bisnes tersebut mempunyai seribu satu makna.

Respon Shuhada itu seolah-oleh mendedahkan punca mengapa dia nekad untuk berpisah dengan Hafidz dan ia mencuri perhatian pengikutnya.

Kata-kata itu seperti Hafidz cuba meyakinkan Shuhada bahawa dia akan gembira dan bahagia jika dibenarkan berkahwin dengan Athira Yuhada.

Katanya apa akan saya dapat kalau dia kahwin dengan Athira is ‘Saya akan dapat dia (Hafidz) yang gembira dan bahagia’.”

Ramai yang perasan dengan respon Shuhada itu melepaskan rasa geram mereka terhadap Hafidz dan Athira.

Dalam pada itu, mereka turut menyokong Shuhada untuk terus bangkit demi membesarkan anak-anak yang masih kecil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...