“Kalau Tak Selevel Kenapa Minta Saya Bantu?” – Aliff Syukri ‘Perli’ Kenyataan TS Abdul Kadir

Kehidupan

“Kalau Tak Selevel Kenapa Minta Saya Bantu?” – Aliff Syukri ‘Perli’ Kenyataan TS Abdul Kadir

Sedia maklum, beberapa hari lalu ‘panas’ dengan satu berita mengenai seorang bekas menteri meminjam wang jutaan ringgit terhadap usahawan, Datuk Aliff Syukri, namun enggan membayar semula.

Setelah mendedahkan hal terbabit, seorang bekas menteri iaitu Tan Sri Abdul Kadir tampil memberi penjelasan kerana namanya dipetik netizen serta tidak mahu memberi sebarang komen kerana enggan meletakkan diri di kedudukan serendah Aliff Syukri.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, usahawan sensasi tersebut sekali lagi membuat hantaran di Instagram membalas kenyataan TS Abdul Kadir soal tidak sama ‘level’ itu.

Status aliff syukri

Kata Aliff dalam hantaran tersebut, jika benar dirinya tidak sama taraf mengapa perlu meminjam duit sebanyak itu dan tidak memulangkan semula, malah dia turut berkata mempunyai rekod perbualan sewaktu Tan Sri terbabit meminjam duit.

Dalam pada itu, dia turut berkata dirinya tidak ‘bodoh’ untuk TS Abdul Kadir perdayakan serta sempat bertanya kepada pengikutnya sama ada mahukan pendedahan lebih ‘pedas’ dari ini.

Sekadar info, Tan Sri Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Perlancongan didakwa telah meminjam jutaan ringgit terhadap Aliff Syukri dan kini hanya menyerahkan segalanya kepada peguam untuk selesaikan isu yang terjadi ini.

tan sir abdul kadir aliff syukri
10 months ago

"Saya Tak 'Level' Serendah Itu"- TS Abdul Kadir Jawab Isu Aliff Syukri Tuntut Hutang Jutaan Ringgit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...