“Saya Tak ‘Level’ Serendah Itu”- TS Abdul Kadir Jawab Isu Aliff Syukri Tuntut Hutang Jutaan Ringgit

Hiburan

“Saya Tak ‘Level’ Serendah Itu”- TS Abdul Kadir Jawab Isu Aliff Syukri Tuntut Hutang Jutaan Ringgit

Kecoh beberapa hari lalu mengenai pendedahan Datuk Aliff Syukri mengenai seorang bekas menteri bergelar Tan Sri yang masih berhutang puluhan juta ringgit yang masih belum dilangsaikan sehingga kini.

Kata Aliff, dia telah cuba menghubungi bekas menteri tersebut itu untuk menuntut hutang namun tiada respon dan gagal.

Advertisement

Terbaru, memetik Malaysia Kini, seorang bekas menteri iaitu Tan Sri Abdul Khadir Sheikh Fadzir tampil memberikan penjelasan gara-gara namanya disebut netizen berikutan dakwaan usahawan kosmetik itu.

Ujar bekas Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan (1994-2004) ini, dia telah menyerahkan kes itu kepada peguamnya.

Tambahnya lagi, dia enggan meletakkan kedudukannya serendah Aliff Syukri dalam isu tersebut.

I don’t want to go down to their level (saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri). Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu.

Dia juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai reputasinya yang mungkin tercalar akibat kenyataan Aliff Syukri yang dihebahkan menerusi media sosial.

Saya dengan orang macam itu tak nak komen. Saya tak nak sebut nama.

Kami sertakan cerita lanjut mengenai isu hutang Datuk Aliff Syukri di pautan di bawah.

aliff syukri tan sri hutang
10 months ago

"Kesianlah Saya Anak Bini Dizalimi.." - Aliff Syukri Dakwa Bekas Menteri 'Lari' Bayar Hutang Jutaan Ringgit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...