“Kalau Tak Sebab PKP, Kami Nikah Minggu Depan..” Kamal Adli Dan Uqasha Tak Mahu Nikah ‘Online’

Hiburan

“Kalau Tak Sebab PKP, Kami Nikah Minggu Depan..” Kamal Adli Dan Uqasha Tak Mahu Nikah ‘Online’

Pasangan selebriti yang masih menunggu hari untuk melangsungkan perkahwinan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose memberitahu bahawa mereka berdua terpaksa menangguhkan majlis kerana tidak mahu ada isu-isu berbangkit pada masa hadapan.

Ujar Kamal, ini berikutan isu-isu bayaran tempahan perkahwinan telah pun dilunaskan dan tidak boleh ditarik balik di samping ingin menjadikan majlis perkahwinan tersebut sebagai satu peristiwa yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Taknaklah nikah online ke apa atau yang boleh datang 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti. Pada waktu sama, kita hormat lockdown dan tunggu kes COVID-19 negara reda..”

Tambah bekas Hero Remaja 2007/2008 itu lagi, mengikut perancangan asal, mereka berdua sepatutnya bernikah pada minggu hadapan namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Dia yang dihubungi media turut memaklumkan bahawa majlis akad nikah dan resepsi yang bakal diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka akan tetap diteruskan.

BACA: “Dia Seorang Yang ‘Caring’, ‘Loving’ Dan Gila-Gila..” -Uqasha Senrose Puji Kamal Adli

Bagaimanapun, Kamal memberitahu bahawa jika keadaan masih tidak pulih dalam satu jangka masa yang lama, dia dan Uqasha akan melaksanakan perkara yang wajib terlebih dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K.A (@kamaladli)

“Kita hold (tangguh) dulu tengok macam mana situasi COVID-19 negara. Kita hormat kesusahan orang lain sebab macam saya cakap tadi, tak nak orang cakap artis kayanganlah atau benda-benda macam itu..kalau lockdown ini berlanjutan panjang sangat, saya akan memilih buat apa yang wajib dahulu iaitu bernikah. Sekarang ini kita tangguh dulu dan tengok macam mana keadaan.”

Terdahulu, Kamal Adli dan Uqasha ada memaklumkan bahawa mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan namun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka sekitar Mac yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...