Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Seorang Yang ‘Caring’, ‘Loving’ Dan Gila-Gila..”- Uqasha Senrose Puji Kamal Adli

Uqasha Senrose

Ditanyakan mengenai personaliti si tunang yang mencuri hati sejak hari pertama, Uqasha Senrose mendedahkan sedikit sebanyak perihal sikap Kamal Adli yang bakal menjadi suaminya itu nanti.

View this post on Instagram

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Advertisement

Ujar Uqasha, Kamal merupakan seorang yang bertanggungjawab dan penyayang.

“Dia lelaki bertanggungjawab, ‘caring’, ‘loving’ , gila-gila dan merupakan pelakon serba boleh.” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal Adli telah selamat mengikat tali pertunangan setelah majlis merisik antara mereka diadakan di sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.

Mereka berdua dijangka menamatkan zaman bujang pada tahun ini dan akan mengadakan tiga majlis berasingan bagi meraikan hari indah itu bersama keluarga, rakan artis dan media serta peminat.

Advertisement

Manakala bagi persiapan bergelar isteri, Uqasha  berkata sebagai suri hati Kamal pastinya akan belajar mengenai tugas dan tanggungjawab tersebut dengan sendirinya.

“Bila pergi kursus kahwin semua akan diajar, kita buatlah ‘research’. Memasak saya selalu buat dan boleh belajar. Tak semestinya nak kahwin baru belajar memasak sebab saya pun masih ada ibu untuk mengajar memasak dan semua benda.”

Sekadar info, Uqasha dan Kamal difahamkan mulai rapat ketika bergandingan dalam sebuah drama iaitu Setelah Terlafaz Akad pada dua tahun yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama