“Kalau Tak Bagi Balik 1 Helai Bulu Pun Makcik Tak Halalkan” – Wanita Dikecam Gara-Gara Tak Puas Hati Pembahagian Daging Korban

Kehidupan

“Kalau Tak Bagi Balik 1 Helai Bulu Pun Makcik Tak Halalkan” – Wanita Dikecam Gara-Gara Tak Puas Hati Pembahagian Daging Korban

Tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang wanita yang melakukan ibadah korban di sebuah masjid terkenal di Sungai Petani meluahkan rasa tidak puas hati dalam isu pembahagian daging korban yang dilakukan pihak masjid.

Wanita tak puas hati isu pembahagian daging korban

Dalam hantaran yang dimuat naik Ustaz Yaakub Yusra, salah seorang AJK Masjid Madad Sungai Petani, seorang peserta ibadah korban ada meminta bahagian daging lembu meskipun telah dimaklumkan mengenai pembahagian kepada golongan yang berhak.

Advertisement

Malah, dalam mesej yang dihantar wanita itu, dia mengkritik cara kerja dan juga pembahagian daging-daging lembu korban yang dirasakan wanita itu sebagai tidak adil.

Wanita tak puas hati pembahagian daging korban madad

Sumber: Facebook

 

Wanita korban madad pembahagian daging korban

Sumber: Facebook

Ni mak cik nak habaq mak cik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini mak cik tulis semua.

Kalau tak bagi 1 helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain.

AJK Masjid beri penjelasan

Memberi respon terhadap permintaan wanita itu, Ustaz Yaakub tampil memberi penjelasan mengenai isu itu, malah turut menunjukkan bahagian-bahagian lembu yang dipulangkan kembali seperti telinga, kulit dan sebagainya.

@yaakubyusra

Replying to @mohdazainiabdullah iyaa semua ikhlas datang membantu,nak harap kan team madad semua kami pon belajar-belajar lagi#murtadhadakwahcentre #korban #madad

? original sound – Ustaz Yaakub Yusra – Ustaz Yaakub Yusra

Kata Ustaz Yaakub, setiap peserta perlulah maklum mengenai niat asal dalam mengerjakan ibadah korban.

Dalam akad kita sudah maklum, 1/3 diberikan kepada penama manakala 2/3 diberikan kepada orang ramai. Ingat kami jual kat market ka?

Maka tuan-tuan, kami minta team kami ganti balik, telinga lembu kami bagi balik kat dia, kami bukan nak buat untung..lepas ni dalam akad tengok bagi elok.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkejut gara-gara melihatkan sikap individu yang tidak memahami erti ibadah korban.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tiktokers jepun cendol sup
4 weeks ago

"Menangis Tok Nenek Aku Tengok Ni" - TikTokers Jepun Masak Sup Cendol Buat Netizen Malaysia Terkesima

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...