“Kalau Susah Nak Boikot, Bayangkan..” – Atikah Suhaime Minta Orang Ramai Teruskan Usaha Boikot, Nasihat Beli Produk Tempatan

Hiburan

“Kalau Susah Nak Boikot, Bayangkan..” – Atikah Suhaime Minta Orang Ramai Teruskan Usaha Boikot, Nasihat Beli Produk Tempatan

Aktres Datin Atikah Suhaime meminta orang ramai untuk meneruskan solidariti dan memboikot produk atau jenama yang tidak menyokong Palestin. Katanya, mereka yang tidak memboikot itu harus melihat kekejaman yang berlaku pada saudara Islam kita di sana.

Minta netizen bayangkan

Menerusi Instagram story yang dimuat naik baru-baru ini, Atikah berkata jika terlalu susah untuk memboikot produk-produk tersebut, cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada rakyat Palestin yang ditindas jika hal ini berterusan.

Advertisement

Teruskan boikot produk yang menyumbang kepada genocide. Kalau susah nak boikot, bayangkan ini.

 

Setiap gigitan burger***, kepala bayi dipenggal. Setiap sedutan minuman kegemaran anda, ada kanak-kanak mati kelaparan. Setiap kali anda cuci rambut dengan ***, ada kanak-kanak diletupkan. Setiap calitan maskara ***, ada kanak-kanak dibakar sehingga mati. Bayangkan!

atikah

Beli produk lokal

Dalam pada itu, pelakon ini juga menggesa orang ramai untuk membeli produk-produk lokal yang tidak menyokong Zionis. Meskipun sesetengah produk susah didapati di pasar raya, orang ramai boleh membelinya secara online sebagai alternatif lain.

Kalau anda tidak dapat mencari produk lokal, belilah secara atas talian, senang. Kebanyakan pasar raya dibayar dengan jumlah yang besar oleh produk boikot untuk pastikan barangan mereka dapat masuk.

 

Kebanyakan produk tempatan tidak mampu untuk membayar jumlah besar sedemikian untuk memasuki pasar raya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

starbucks rugi
7 months ago

Rakyat Malaysia Boikot Starbucks Secara Berterusan, BFood Terkesan Hingga Catat Kerugian RM29.76 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...