Rakyat Malaysia Boikot Starbucks Secara Berterusan, BFood Terkesan Hingga Catat Kerugian RM29.76 Juta

Berita

Rakyat Malaysia Boikot Starbucks Secara Berterusan, BFood Terkesan Hingga Catat Kerugian RM29.76 Juta

Berjaya Food Bhd (BFood), syarikat pengendali Starbucks Malaysia nampaknya terkesan dengan kempen boikot berterusan daripada rakyat Malaysia.

Menurut BFood, syarikat itu mengalami kerugian bersih sebanyak RM29.76 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 31 Mac 2024.

Advertisement

starbucks

 

Tahun lepas S3 catat keuntungan

Menerusi kenyataan dikeluarkan, BFood berkata kerugian itu berbeza daripada S3 pada tahun lalu di mana mereka meraih untung bersih sebanyak RM15.94 juta.

Kata syarikat itu, boikot secara berterusan menjadi punca pendapatan Starbucks susut hampir separuh kepada RM138.65 juta.

Kerugian sebelum cukai yang ditanggung pada suku semasa disebabkan oleh sentimen konflik yang berlaku di timur tengah.”

palestin

 

Lembaga pengarah yakin prestasi akan meningkat

Kenyataan itu terus menerangkan keuntungan bersih bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2024 lalu di mana BFood mencatatkan sebanyak `RM53.31 juta berbanding untung bersih RM86.13 juta tahun lalu.

vincent tan

Dalam pada itu, syarikat berkenaan turut berkata lembaga pengarah tidak mengesyorkan sebarang dividen untuk suku semasa tahun ini.

Lembaga pengarah berpendapat prestasi operasi perniagaan syarikat akan bertambah baik secara beransur-ansur sepanjang baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Tidak hanya Malaysia, Starbucks seluruh dunia terkesan dengan kempen boikot terus menerus daripada orang ramai gara-gara kekejaman terhadap rakyat Palestin.

vincent tan
3 months ago

"Boikot Ini Tidak Menguntungkan Sesiapa" - Vincent Tan Mohon Rakyat Berhenti Memboikot Starbucks Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...