Sedia maklum, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan Menteri Pembangunan Negara, Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sedang mencuci sebuah kawasan yang sudah bersih dari banjir sehingga membuatkan dirinya dikecam warganet.
Walau bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil memberi penjelasan dan meminta netizen untuk berhenti dari mengecam usaha beliau untuk membantu.
Belum reda dengan kontroversi terbabit, tampil pula satu lagi video pendek yang tular di TikTok memaparkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengaut lumpur yang terhasil akibat dari banjir yang melanda.
Nampak seperti video biasa, tetapi ia telah ‘menaikkan darah’ orang ramai apabila mereka mendakwa Ismail Sabri terlihat seperti acuh tak acuh mengaut lumpur yang berada di kawasan tersebut.
Meninjau di ruangan komen video berkenaan, rata-rata memerli serta meluahkan rasa geram terhadap Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 itu yang kelihatan mengaut lumpur tersebut hanya sekali sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel tending pada pautan di bawah.